Kelab Midtjylland tipu FAM?

KUALA LUMPUR: Adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah ‘ditipu hidup-hidup’ oleh FC Midtjylland?

Ini kerana pertahanan berdarah kacukan, Dion Cools yang dikatakan berdepan kecederaan diturunkan selama lebih 10 minit bagi menggantikan Juninho pada aksi Super Liga berdepan AGF, pagi tadi.


Situasi ini jelas menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan memandangkan pemain itu sebelum ini mengalami kecederaan sekali gus terpaksa diketepikan untuk kem latihan pusat.

‘Kecederaan’ itu menyaksikan skuad kebangsaan terlepas peluang untuk menggunakan khidmat pemain berusia 22 tahun itu bagi dua aksi persahabatan berdepan Jordan dan Uzbekistan.





Mungkin FAM tidak ditipu sebaliknya kemajuan perubatan di Eropah membolehkan pemain itu sembuh dengan lebih pantas sekali gus boleh kembali beraksi?

Sementara itu Tan Cheng Hoe memaklumkan bahawa mereka diberitahu bahawa Dion Cools mengalami kecederaan dan belum pulih sepenuhnya untuk bermain.





Berkenaan Cools yang diturunkan lebih 10 minit dalam perlawanan liga semalam berkemungkinan sebahagian dari proses pemulihan terhadap Cools ujarnya

Sebagai rekod, pasukan perlu melepaskan mana-mana pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan masing-masing pada tarikh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).