Connect with us

Ligue 1

Mbappe gelar Neymar ‘pengemis’

Published

on

LONDON: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan ketika kekecewaan terbaharunya dia menempelak rakan sepasukan, Neymar dan menggelar penyerang itu sebagai ‘pengemis’



Dalam temubual, Mbappe menyatakan mengenai situasi yang berlaku dengan Neymar – selepas dia sebelum ini kecewa pemain itu tidak melorongkan bola kepadanya, selain mengenai masa depannya di Paris dan status bersama pasukan kebangsaan.

Pemain Perancis itu yang sebelum ini mendiamkan diri memberikan temubual dengan dia menyatakan mahu ke Real Madrid musim panas ini selain memikirkan untuk berehat seketika daripada skuad Perancis kendalian Didier Deschamps.





Bercakap kepada akhbar L’Equipe, penyerang itu mengesahkan dia menjerit kepada Neymar dan memanggilnya ‘pengemis’ berikutan dia dikeluarkan dan menyatakan kemarahan di bangku simpanan kerana pemain Brazil itu tidak menghantar bola kepadanya.

Mbappe yang turut bercakap kepada RMC, mengesahkan dia juga mahu meninggalkan PSG pada pertengahan musim bagi membolehkan kelabnya mencari sumber kewangan dan pemain gantian berkualti.





Ketika gergasi Perancis itu berdepan keputusan yang mengejutkan musim ini walaupun memiliki skuad terkuat dalam Ligue 1, Mbappe sudah beberapa kali dilihat menjadi pemain yang kecewa di tengah padang yang mencetuskan ketegangan.

Kemarahan ditunjukkan hanya menambah bukti bahawa pemain sensasi itu mahu keluar dari Paris dan terdesak untuk memulakan fasa baharu dalam kariernya.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ligue 1

[VIDEO] Messi pilih waktu tepat ledak gol sulung

Published

on

By

PARIS: Ia saat dinanti-nantikan peminat sejak Lionel Messi diperkenalkan sebagai pemain Paris Saint-Germain hampir dua bulan lalu.

Bintang Argentina itu belum menjaringkan gol untuk kelab baharunya itu, dan dia memilih saat paling sesuai untuk membuka akaun jaringan bersama kelab Perancis dalam pertembungan Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City.



Messi meletakkan PSG 2-0 di depan skuad kendalian Pep Guardiola pada minit ke-74, jaringan dalam kempen Liga Juara-Juara ke-17 berturut-turut dirinya – menyamai rekod Karim Benzema yang dicatat beberapa minit sebelumnya.

Guardiola – yang pernah merakam banyak kejayaan bersama Messi di Barcelona – menganggap bekas anak didiknya itu sukar dihalang.

“Saya biasanya tidak meraikan jaringan, tetapi yang ini saya lakukan. Saya melihatnya menjaringkan banyak gol sebelum ini sebagai pihak lawan, jadi buat pertama kali saya berada di bangku simpanan yang betul dan boleh meraikannya,” kata pengendali PSG Mauricio Pochettino.





Messi turut mengakui yang dia terdesak untuk menjaringkan gol selepas menamatkan karier di Barcelona dengan 672 gol dalam 778 penampilan.

“Memang benar saya semakin terdesak untuk mendapatkan gol pertama,” kata Messi yang tampil buat kali keempat untuk skuad kendalian Pochettino. – AFP

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY