Connect with us

NFDP

AMD dapat pengiktirafan FIFA/Double Pass

Published

on

KUALA LUMPUR: Reputasi Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai ‘kilang’ melahirkan pemain elit negara terus kukuh selepas mendapat pengiktirafan daripada Program Pembangunan Bakat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)/Double Pass.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), Double Pass yang ‘mengaudit’ akademi terbabit mendapati AMD melepasi semua kriteria yang ditetapkan apabila mendapat 53 mata daripada penilaian yang dilakukan.



Double Pass menjelaskan 53 mata yang diperolehi AMD adalah mengatasi mata median antarabangsa (37 mata) sekali gus membuktikan ia sebagai penanda aras yang positif sebagai pusat kecemerlangan kebangsaan.

“Sebagai sebahagian daripada Projek Berprestasi Tinggi FIFA, Double Pass menjalankan analisis mendalam ke atas AMD dan secara keseluruhan, tanggapan terhadap AMD adalah berkualiti dan memiliki tahap kepakaran yang tinggi.





“AMD beroperasi sebagai antara salah satu persekitaran latihan berprestasi tinggi di Malaysia. Akademi ini ada visi yang jelas untuk menyeimbangkan pembangunan pemain secara individu dan misi memburu kejayaan berpasukan.

“Aspek penting yang begitu menyerlah ketika analisis dijalankan adalah fasiliti dan struktur organisasi infrastruktur, pengurusan manusia, filosofi bola sepak yang sangat jelas serta pelan pembangunan pemain secara individu.





“Selain itu adalah bahagian kesihatan dan prestasi serta strategi yang benar benar diformulasi untuk pengenalpastian bakat dan merekrut pemain,” kata Double Pass yang menjadi rujukan antarabangsa bagi perbandingan penanda aras dan pembangunan bakat bola sepak.

Sebagai rekod, sebanyak 377 akademi elit di seluruh dunia dianalisis oleh badan itu berdasarkan 230 kriteria membabitkan tujuh dimensi dengan 75 piawaian antarabangsa digunakan untuk menilai semua akademi terbabit.

Advertisement

AMD yang menjalankan program PPBN sudah diberikan penarafan Dua Bintang daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tahun lalu.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY