Connect with us

Malaysia B23

Malaysia patut kenduri gol – Maloney

Published

on

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Brad Maloney menyifatkan pasukannya patut mendapat kemenangan lebih besar ke atas Mongolia dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, hari ini.

Ia selepas dua percubaan pemainnya hanya singgah di palang gol selain beberapa lagi peluang terhidang di depan gawang tidak dapat disudahkan dengan jaringan.



Namun, Maloney menegaskan bahawa dia tetap berpuas hati dengan kemenangan 1-0 diraih anak buahnya ke atas tuan rumah di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), sebentar tadi.

Azfar Fikri Azhar menjaringkan gol kemenangan itu selepas menanduk masuk bola yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi, lima minit sebelum rehat.





“Perlawanan berlangsung di luar jangkaan, Mongolia beraksi dengan sangat kompetitif dan fizikal. Tapi kami bermula dengan permainan yang mana kami sudah rancang dan kami mendapat hasilnya.

“Mungkin kami patut mendapat dua atau tiga gol lagi. Namun kami berpuas hati dengan tiga mata,” kata Maloney pada sidang media selepas perlawanan.




Kemenangan ke atas Mongolia membuka peluang lebih cerah buat skuad negara untuk menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tahun depan.

Advertisement

Tiga mata penting yang diraih itu menyaksikan ‘Harimau Muda’ kekal di kedudukan teratas Kumpulan J dengan mengumpul enam mata dan akan berdepan Thailand pada aksi terakhir, Ahad ini.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia B23

Lim Teong Kim Pakar Dari Jerman Yang Gagal Teruk – B.Sathianathan

Published

on

By

B.Sathianathan tampil membalas kritikan yang dilemparkan bekas Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Lim Teong Kim terhadapnya, dengan jawapan balas yang lebih pedas dan berapi.

Baru-baru ini Lim Teong Kim membidas Sathianathan sebagai bodoh sombong dan tidak memahami sistem pembangunan bolasepak negara berikutan bekas jurulatih kebangsaan itu mempersoalkan sumbangan NFDP kepada pembangunan bolasepak negara.



Sathianathan berkata Lim Teong Kim tidak perlu cakap banyak kerana dia sendiri seorang yang gagal dan sepatutnya cermin diri dahulu sebelum menegur jurulatih lain.

“Pertama sekali, saya tidak mintak NFDP dihentikan, tak pernah. Saya cuma cakap kaedah latihan kena tukar, kita kena belajar dari kesilapan, jangan pakai sistem latihan yang gagal. Kalau masih ikut style Lim Teong Kim yang gagal pada 2018 maka kita tidak akan ada perubahan, tidak akan pergi ke mana.

Advertisement

“Perubahan yang saya maksudkan, kita mahu skuad bawah umur bermain di Piala Dunia Remaja B-17, B-20, itu namanya ada peningkatan dan memang itulah tanda aras yang diletakkan kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ketika ia diwujudkan.

“Kalau keputusan yang terhasil dalam 4 atau 5 tahun kebelakangan tidak ada bezanya dengan zaman sebelum adanya NFDP, mengapa ada NFDP dan jika berterusan gagal lebih baik balik kepada asal iaitu sekolah sukan. Kita nak tengok pemain-pemain muda boleh pergi ke tahap lebih jauh daripada sekarang.

“Saya masih ingat Khairy Jamaluddin (bekas Menteri Belia dan Sukan) berkata salah satu pengukur kejayaan NFDP adalah layak beraksi di Piala Dunia B-17. Sebab itu kita mati-mati bida jadi tuan rumah, mengeluarkan belanja besar tetapi akhirnya Lim Teong Kim gagal.

“Paling tidak dengan kepakaran maha hebat dia (Lim Teong Kim) yang melahirkan Thomas Muller di Jerman, dia sepatutnya boleh buat lebih baik daripada jurulatih tempatan yang digelarnya bodoh sombong, tapi malulah duduk no.4 dalam kumpulan di bawah Jepun, Tajikistan, Thailand. Betul kan no.4? Ke saya silap?

“Saya mungkin bodoh, sombong, tapi saya tak buta laa, saya nampak carta kita duduk no.4 dalam kumpulan padahal zaman sebelum NFDP, Coach Balachandran boleh bawa pasukan pergi ke suku akhir, selangkah sahaja nak layak ke Piala Dunia B-17, sayang kita kalah kepada Australia 2-1,” ujar Sathianathan.




Advertisement

Sebagai rekod, Malaysia B-16 kendalian Lim Teong Kim gagal ke Piala Dunia B-17 selepas tewas kepada Thailand (2-4) dan Jepun (0-2) dalam peringkat kumpulan meskipun bermula dengan langkah kanan menang bergaya 6-2 ke atas Tajikistan, sekaligus menamatkan saingan Kumpulan A di tangga tercorot.

Sathianathan juga berkata Lim Teong Kim sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana pada hakikatnya dia tidak berdepan kesukaran dan kekangan sepertimana ditempuhi C.Balachandran pada 2014 dalam menyediakan sebuah pasukan untuk beraksi di kelayakan Piala Asia B-16.

“Bayangkan ketika itu Coach Bala ada masa tak sampai setahun untuk sediakan pasukan, bukan macam Lim Teong Kim yang diberi masa lima tahun. Saya masih ingat lagi, saya ada dalam Jawatankuasa Teknikal FAM ketika Coach Bala mintak dengan FAM untuk bawa team pergi main pertandingan persahabatan di luar negara. Tapi permintaan ditolak kerana FAM tiada duit.

“Apa yang Coach Bala buat, ketika itu Frenz United anjurkan satu pertandingan antarabangsa, dia ambil bahagian dalam pertandingan itu sebagai ganti, dengan menggunakan budak-budak dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar dia sediakan satu pasukan.

“Dengan tiada apa-apa program khas, tak ada dana, tak ada latihan luar negara, kita layak secara merit ke AFC B-16 (bukan atas tiket tuan rumah) dengan mengungguli pusingan kelayakan. Sewaktu itu juga kita muncul juara AFF B-17. Ini cakap betul, bukan borak kosong boleh semak fakta tapi apa yang berlaku empat tahun kemudian kita tercorot kumpulan di tempat sendiri, bukankah ini menunjukkan Lim Teong Kim gagal dengan teruk?




Advertisement

“Lim Teong Kim cakap saya bodoh, sombong, takpe lah, dia orang Jerman, cerdik dan pandai saya orang Malaysia ni bodoh. Kita nak juga belajar dari orang pandai macam dia yang terkenal dan ada nama di Jerman. Lesen dia mahal, lesen kita level kampung sahaja, tapi itulah peringkat kumpulan pun tangga tercorot.

Jangan tak tahu, di Malaysia, tak pernah ada seorang jurulatih lain yang mendapat keistimewaan dan mandat untuk mengendalikan pasukan selama lima tahun sepertimana Lim Teong Kim dapat, malah diberi kuasa mutlak untuk menentukan apa sahaja. Gaji dia beratus ribu, gaji penolong dia satu atau dua ribu. Oh lupa dia orang Jerman.

Dia juga tanya zaman dahulu apa yang saya dah menang, macam lah dia ada menang apa-apa padahal lesen Jerman kot. Sebelum dia datang kita menang AFF B-17 dia cakap itu semua pertandingan kampung, habis tu apa yang pertandingan lain kita boleh masuk. Nak menang AFC tak boleh dah dia sendiri yang gagal, lepas tu takkan Malaysia nak main dekat Eropah, kita pasukan Asia Tenggara, bodoh punya orang,” kata Sathianathan lagi.

Lim Teong Kim dilantik sebagai Pengarah Projek NFDP pada 2013 dengan kontrak selama lima tahun sehingga 2018, sebelum dilantik sebagai Pengarah AMD bermula 2016 dengan kontrak sehingga 2020.

Namun susulan kegagalan skuad muda negara ke Piala Dunia B-17, kontraknya ditamatkan lebih awal pada 2018. – LaBolaMalaya

Advertisement



Continue Reading

Malaysia B23

Pencapaian yang hebat – Maloney

Published

on

By

KUALA LUMPUR: ‘Pencapaian yang hebat!’

Itu yang dapat disimpulkan oleh pengendali skuad Bawah 22 tahun negara (B-22), Brad Maloney selepas anak buahnya mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan, tahun depan.



Lebih manis, mereka bakal terbang ke Uzbekistan selaku juara Kumpulan J selepas menghimpun tujuh mata dalam tiga perlawanan hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri.

Malah, pencapaian cemerlang turut dilakar oleh barisan ‘ubi muda’ negara apabila berjaya memastikan gawang negara tidak bocor dalam tiga perlawanan berdepan Laos, Mongolia dan Thailand.

“Pencapaian yang menakjubkan untuk kelompok pemain ini. Saya sangat percaya dengan kemampuan barisan pemain dan mereka beraksi dengan sangat bagus sepanjang pusingan kelayakan ini.

“Mereka beraksi dengan sangat profesional dan kita juga tidak bolos sebarang gol sepanjang pertandingan. Saya begitu berbangga dengan apa yang ditunjukkan barisan pemain.




Advertisement

“Kita mengharungi pusingan kelayakan tanpa sebarang kekalahan. Jadi ia satu pencapaian yang mengagumkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Maloney melihat pelbagai cabaran yang diharungi sebelum ke pusingan kelayakan Mongolia itu jelas menjadikan mereka lebih kuat dan usaha keras itu terbalas dengan tiket ke Uzbekistan.

“Kami berdepan banyak cabaran sepanjang persiapan kerana pandemik. Hanya dua minggu persiapan di Kuala Lumpur sebelum ke Mongolia dan kami juga pasukan terakhir yang tiba.

“Kami bermula dengan apa yang kami rasakan terbaik dan bermain ikut falsafah kami. Akhirnya kami dapat mencapai apa yang kami inginkan,” katanya.





Sebagai rekod, ini adalah kali kedua skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 selepas kali pertama pada edisi 2018 di China yang menyaksikan Malaysa mara sehingga suku akhir sebelum tewas 2-1 di tangan Korea Selatan.

Setakat ini, lima lagi pasukan sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir iaitu Uzbekistan selaku tuan rumah, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Australia dan Jepun.

Advertisement



Continue Reading

Malaysia B23

Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia B-23

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan, tahun depan.

Tiket itu diraih apabila skuad bimbingan Brad Maloney muncul juara Kumpulan J selepas menamatkan aksi terakhir kelayakan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Thailand.


Dengan satu mata itu, Malaysia berjaya menghimpun tujuh mata selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan yang diharungi sepanjang kempen kelayakan di Mongolia itu.

Pada aksi di Stadium MFF itu, permainan seimbang apabila skuad negara berjaya menghalang Thailand daripada menguasai permainan dengan mereka juga dilihat lebih banyak mengasak kubu pertahanan Thailand pada babak pertama.





Sayangnya, sekalipun beberapa kali mencemaskan Thailand namun tiada percubaan tepat dan berbahaya dapat dilakukan Malaysia apabila semua percubaan gagal menemui sasaran sepanjang 45 minit pertama.
Advertisement

Bersambung babak kedua, Thailand dilihat lebih garang dengan beberapa kali melancaran gerakan namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara yang bermain lebih tenang dan penuh berdisiplin.

Thailand bernasib baik apabila tandukan Harith Haiqal bermula daripada sepakan sudut pada minit ke-62 sekadar menggegar palang sebelum percubaan susulan Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatkan pemain mereka.




Baki 10 minit menyaksikan penuh debaran apabila skuad ‘Gajah Perang’ berterusan mengasak kubu negara bagi memburu gol yang amat diperlukan namun kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sebagai rekod, mereka layak buat kali pertama ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2018 di China juga sebagai juara Kumpulan H dan mara sehingga suku akhir sebelum tewas 2-1 di tangan Korea Selatan.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY