Mueller minta maaf Bayern Munich dibelasah 5-0

BERLIN: Pemain veteran Bayern Munich Thomas Mueller meminta maaf kepada penyokong mereka dan mengakui dibelasah 5-0 oleh Moenchengladbach dalam saingan Piala Jerman adalah kekalahan terburuk sepanjang 13 kariernya bersama kelab itu.

“Saya tidak tahu jika kami pernah mengalami sesuatu seperti dalam jersi FC Bayern. Kami perlu meminta maaf kepada penyokong kami,” kata Mueller, 32, yang membuat penampilan sulung Bayern pada tahun 2018 dan kini menghampiri angka 600.




Bayern yang menampilkan skuad terbaiknya dikejutkan dengan jaringan awal Gladbach di Borussia Park dalam tempoh kurang seminit.

Selepas jaringan Kouadio Kone, pertahanan Algeria Ramy Bensebaini meledak dua kali untuk menjadikan kedudukan 3-0 menjelang rehat.





Bayern memulakan babak kedua dengan cemerlang tetapi sekali lagi dikejutkan oleh Gladbach yang menambah dua gol pantas menerusi penyerang Switzerland Breel Embolo.

Bayern berdepan ujian sukar Sabtu ini dalam saingan Bundesliga di Union Berlin, yang belum tewas dalam 21 perlawanan terakhir di laman sendiri. – AFP



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *