Connect with us

AFF Cup

Kemboja lawan pertama Malaysia Piala Suzuki AFF

Published

on

KUALA LUMPUR: Kemboja bakal menjadi halangan pertama buat Malaysia pada aksi Piala Suzuki AFF 2020 yang akan berlangsung di Singapura pada bulan depan.

Mengikut jadual yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad Harimau Malaya akan membuka kempen peringkat kumpulan berdepan pasukan di ranking ke-170 dunia itu di Stadium Bishan pada 6 Disember.




Berdasarkan kedudukan ranking, anak buah Cheng Hoe seharusnya tidak berdepan masalah untuk mengutip enam mata pertama apabila mereka akan menentang Laos (ranking ke-185) pada aksi kedua di venue sama, tiga hari berselang.

Namun, ujian sebenar menanti skuad negara pada aksi ketiga apabila bakal berdepan juara bertahan, Vietnam di Stadium Bishan pada 12 Disember dalam aksi yang mungkin menjadi penentu siapa bakal menjadi juara Kumpulan B.





Seterusnya, Malaysia akan menutup kempen peringkat kumpulan berdepan seteru tradisi, Indonesia di Stadium Nasional pada 19 Disember. Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung pada 22 dan 23 Disember disusuli separuh akhir kedua pada 25 dan 26 Disember.

Sekiranya Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke final, mereka akan berentap dalam final pertama pada 29 Disember sebelum melengkapkan final kedua pada 1 Januari.





Semua perlawanan separuh akhir dan final akan dilangsungkan di Stadium Nasional, Singapura.
Advertisement

Sebagai rekod, skuad negara muncul naib juara edisi 2018 selepas dikecewakan skuad Naga Emas 3-2 menerusi agregat, sekali gus membolehkan Vietnam merangkul kejuaraan ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu buat kali kedua.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AFF Cup

Yusoff yakin Cheng Hoe mampu persiap pasukan kebangsaan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Singapura ke Dubai dan Indonesia ke Turki, jadi skuad Harimau Malaya pula ke mana?

Ketika beberapa pencabar dalam Piala Suzuki AFF 2020 bertukar citarasa dengan berkampung di luar negara, skuad kebangsaan pula dilihat sekadar dapat menjalani persiapan dengan ‘ala kadar’ di dalam negara.


Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi mengakui situasi itu memberikan kekurangan buat skuad negara selepas mereka berdepan kekangan masa untuk mempersiap pasukan khususnya dari segi menghimpunkan pemain dan menyusun aksi persahabatan.

Namun beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya barisan kejurulatihan yang diterajui Tan Cheng Hoe dapat membentuk skuad yang mantap berdasarkan ‘pengajaran’ yang diterima di Jordan, bulan lalu.

“Kita tahu pasukan bertanding di Piala Suzuki AFF 2020 nampaknya begitu serius dengan persediaan yang terbaik untuk memberikan saingan yang terhebat nanti.





“Saya kira ini kekurangan (skuad kebangsaan) tetapi saya harap barisan kejurulatihan dapat menyediakan pasukan yang terbaik meskipun kita berdepan pelbagai kekangan.
Advertisement

“Dengan barisan pemain yang dibawa ke Jordan sebelum ini dan tambahan beberapa pemain untuk memperbaiki pasukan, saya rasa kita boleh atasi kekurangan yang timbul.

“Cheng Hoe pasti faham dan menggunakan sebaik mungkin kesempatan ini kerana kita harus ingat, kita bukan setakat sediakan pasukan ke Piala AFF 2020 tetapi juga untuk kelayakan Piala Asia akan datang,” katanya.




Pada saingan ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ yang akan berlangsung di Singapura itu, Kemboja bakal menjadi halangan pertama anak buah Cheng Hoe disusuli aksi kedua berdepan Laos.

Ujian sebenar menanti skuad negara pada aksi ketiga apabila bakal berdepan juara bertahan, Vietnam sebelum menutup aksi kumpulan berdepan skuad ‘Garuda’ Indonesia.



Advertisement
Continue Reading

AFF Cup

Piala AFF: Singapura tuan rumah

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan secara ringkas dalam Facebook Piala AFF Suzuki hari ini.


Pada 21 September, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mejar Jen Khiev Sameth berkata pada kali ini, kejohanan itu akan berlangsung di satu venue berpusat disebabkan ancaman COVID-19, berbanding format kandang dan tandang (home-and-away), bermula dari peringkat awal sehingga perlawanan akhir.

Kejohanan yang sepatutnya dianjurkan hujung tahun lepas, ditunda setahun disebabkan pandemik COVID-19.





Edisi kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B, bersama juara bertahan Vietnam, dan musuh tradisi Indonesia selain Kemboja dan Laos.

Tuan rumah Singapura akan berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang peringkat kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste.





Pasukan kebangsaan menjuarai kejohanan itu pada 2010 dan menduduki tempat kedua pada 1996, 2014 dan 2018, menjadi salah sebuah daripada empat negara yang pernah menjuarai kejohanan dwitahunan itu yang bermula pada 1996.
Advertisement

Thailand menjuarainya sebanyak lima kali (1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016), diikuti Singapura empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) manakala Vietnam dua kali iaitu pada 2008 dan 2018. – BERNAMA



Continue Reading

AFF Cup

Jurulatih Vietnam sifatkan undian tidak beri kelebihan buat Vietnam

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menganggap keputusan undian Piala Suzuki AFF 2020, semalam sebagai biasa dan tiada kelebihan buat pasukannya.

Selaku pasukan pilihan utama dan juara bertahan kejohanan, Vietnam diundi bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B.


Hang-seo yang terkenal dengan perang psikologi terhadap pasukan lawan menegaskan semua pasukan Asia Tenggara memiliki tahap yang sama walaupun Vietnam berstatus pasukan nombor satu di rantau ini.

“Secara umum, pasukan di ASEAN memiliki tahap yang sama. Oleh itu, keputusan (undian) itu bagi saya adalah normal,” katanya menerusi di laman sosial rasmi Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF).





“Saya rasa pasukan dalam kumpulan kami adalah lawan yang sukar. Kami mesti bekerja keras dalam setiap perlawanan.

“Matlamat pertama adalah melepasi peringkat kumpulan, selepas itu kita boleh memikirkan perlawanan separuh akhir dan final.”

Advertisement





Vietnam adalah juara bertahan selepas menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2 di pentas akhir pada edisi 2018.

Hang-seo dijangka menggunakan lebih ramai pemain baharu bagi kejohanan kali ini kerana mereka ketika ini turut berdepan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY