Connect with us

Piala Malaysia

KL City akhiri penantian 29 tahun

Published

on

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) mencipta sejarah di pentas Piala Malaysia musim ini apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 1992 selepas menewaskan Penang 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.



Ketua jurulatih skuad City Boys, Bojan Hodak turut mengakui berbangga dengan pencapaian pasukannya musim ini hingga mara ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia selepas 29 tahun.

Malah, mereka juga kini berpotensi besar untuk muncul juara Kumpulan A dan akan berdepan Selangor di suku akhir sekiranya berjaya menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Rabu ini.

“Satu perasaan yang hebat apabila KL (City) layak ke peringkat seterusnya kerana selepas tahun 1992, KL tidak pernah layak ke suku akhir.

Advertisement

“Ia pasti perkara yang bagus untuk kelab, tapi seperti saya katakan, ia akan menjadi sangat sukar bagi kami untuk perlawanan seterusnya,” kata Hodak.

Sebagai rekod, KL City yang sebelum ini dikenali Kuala Lumpur pernah muncul juara tiga kali berturut-turut Piala Malaysia pada 1987,1988 dan 1989.





Sementara itu, ketua jurulatih Penang, Tomas Trucha menyerahkan kepada pihak pengurusan kelab untuk menentukan masa depannya bersama skuad Harimau Kumbang.

Masa depan Trucha menjadi tanda tanya selepas prestasi buruk Penang dalam saingan Piala Malaysia musim ini, walaupun mempamerkan persembahan memberangsangkan di Liga Super dengan menduduki tangga ketiga.

Pengendali berusia 50 tahun itu bagaimanapun menegaskan bahawa dia masih memiliki kontrak bersama pasukan itu dan bekerja keras membentuk pasukan untuk musim depan.

Advertisement

“Ia terpulang kepada pengurusan untuk memaklumkan bagaimana situasi sebenar. Saya masih memiliki kontrak dengan kelab dan saya bekerja keras untuk membentuk pasukan bagi musim depan,” katanya.





Trucha mengakui masalah kecederaan yang membelenggu pemain utama menjadi antara punca mereka berdepan kesukaran meneruskan persembahan cemerlang seperti di Liga Super.

“Kami hilang tujuh pemain, mungkin orang tak memahami. Sama seperti saya katakan sebelum Piala Malaysia, kami bekerja keras dalam liga, beberapa pemain berdepan kecederaan dan sejujurnya mereka belum pulih sepenuhnya.

“Jadi kami cuba bertahan, bekerja keras dengan apa yang kami ada dan saya gembira dengan apa yang mereka lakukan hari ini,” katanya.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Piala Malaysia

Julang Piala Malaysia kejayaan yang cukup manis – Shukor

Published

on

By

KUALA LUMPUR : Persaraan pemain berpengalaman Kuala Lumpur City (KL City) Shukor Adan sebagai pemain professional negara, berakhir dengan kemanisan apabila pasukan menjulang Piala Malaysia.

Kejayaan itu hadir, selepas skuad The City Boys menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.





“Saya dengan ini mengumumkan persaraan sebagai pemain di Liga Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang 24 tahun bergelar pemain.

“Kejayaan ini cukup manis buat saya sebelum menutup buku sebagai pemain,” katanya selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan dikecapi KL City selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.




Dalam pada itu Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam itu.

Advertisement

Skuad bimbingan Bojan Hodak menamatkan penantian 32 tahun KL City untuk menjulang trofi Piala Malaysia, yang menjangkau usia 100 tahun selepas menewaskan JDT 2-0.



Continue Reading

Piala Malaysia

KL tiada 10 Pemain Import Macam JDT, Kami tiada Tekanan – Bojan Hodak

Published

on

By

Esok peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 diantara Kuala Lumpur (KL City) menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ia adalah penutup tirai saingan Liga Malaysia musim ini sebelum kita memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF bulan depan.



Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini dijangka sengit namun Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan mereka tidak berada dalam tekanan dan akan bermain seperti biasa menentang skuad kendalian Benjamin Mora.

Bojan turut melabelkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana mempunyai ramai pemain berkualiti dan ada kelebihan dari segi fizikal.

“Saya tahu akan ada banyak masalah, kedua-dua pasukan agak terikat, terutamanya kami kerana kami tidak mempunyai dua skuad, kami tidak mempunyai 10 pemain import seperti mereka.

“Ini akan memberikan masalah fizikal untuk kami pada perlawanan ini, tiada sesiapa yang boleh jadi penat, setiap orang akan bermain mati-matian dan berikan yang terbaik.





“Saya berharap ia akan menjadi permainan yang bagus dan berharap akan keputusan yang positif. Tiada tekanan untuk kami kerana mereka pasukan paling kaya, bajet mereka 20 kali ganda, pemain dan fasiliti terbaik, jadi tiada tekanan untuk kami,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.
Advertisement

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super, JDT menang tipis 2-1 ke atas KL City di Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.





Pada masa sama, Hodak juga merasakan sentimen peminat bola sepak tempatan, mahu melihat KL City FC menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya 32 tahun lepas pada edisi 1989.

“Semua anggap mereka akan menang, tetapi mungkin yang lain-lain di Malaysia menyokong kami, kerana kami bukan pilihan dan ia agak mudah untuk bermain,” katanya.



Continue Reading

Piala Malaysia

Hanya nasib malang halang JDT jadi juara – Shebby

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Adakah aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini akan menjadi satu perlawanan berat sebelah?

Ia selepas ramai yang menganggap Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mudah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City (KL City) dan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2019.



Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh juga menyifatkan Harimau Selatan memiliki 90 peratus peluang untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Shebby berkata hanya 10 peratus kemungkinan JDT boleh gagal di final dan itu pun atas faktor nasib malang, bukannya kerana kekuatan dari KL City.

“JDT pasukan pilihan dari segi corak permainan dan kebolehan individu. Antara dua pasukan ini, memang sukar kalau kita nak cari sebab JDT tak boleh menang.





“Bagi saya 90 peratus (peluang JDT juara), yang 10 peratus lagi nasib malang. Nasib malang sahaja yang boleh menghalang JDT daripada menjadi juara,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Advertisement

Walaupun tidak dianggap sebagai pasukan gergasi dalam Liga Malaysia (Liga M), tetapi persembahan KL City dalam Piala Malaysia musim ini agak luar biasa dan rekod pertemuan mereka dengan JDT dalam Liga Super juga tidaklah terlalu buruk apabila terikat 1-1 di gelanggang sendiri dan tewas tipis 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik sukan bola sepak menegaskan rekod pertemuan dalam liga tidak boleh diambil kira untuk perlawanan di peringkat kalah mati terutama final Piala Malaysia.





“Pasukan Terengganu dalam Liga Super pun kalahkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi persembahan dalam liga memang tak boleh diambil kira, ia berbeza. Tekanan di final lain, kita tak boleh samakan dengan liga.

“Apa yang harus KL City elak adalah jangan bolos gol minit awal. Sebab JDT memang sudah jadi tabiat mereka akan cari gol awal dan selepas itu mengawal tempo perlawanan.

“Kekuatan JDT pada musim ini lebih kepada berpasukan dan bukannya individu. Semalam (lawan Terengganu FC) tiada Leandro, walaupun beraksi tanpa perancang tapi tetap boleh dapat tiga gol,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY