Carrick tahu kemampuan Ronaldo

VILAREAL, Sepanyol: Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick berkata dia tidak terkejut Cristiano Ronaldo sekali lagi meledak gol ketika menang 2-0 mengatasi Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Carrick juga berkata dia bercakap dengan Ole Gunnar Solskjaer sebelum menerima tugasan sementara itu selepas Solskjaer dipecat Ahad lalu.


Gol Ronaldo memberikan kelebihan buat pasukannya pada minit ke-78 di Ceramica sebelum Jadon Sancho menambah gol kedua bagi mengesahkan tempat buat United ke kelompok 16 terakhir.

“Itulah yang sentiasa dilakukannya,” kata Carrick mengenao Ronaldo. “Dalam perlawanan besar, bagi saat yang penting, apabila anda perlukan gol atau sesuatu, dia pasti ada di sana untuk memberikannya.





“Dia ada semuanya, mentaliti yang sudah dihitung bagi kekal tenang. Dia tidak membuang peluang. Saya gembira memilikinya dan tidak terkejut langsung dia menjaringkan gol buat kami.”

Carrick dijangka akan terus menggalas tanggungjawab itu bagi saingan Ahad ini dalam Liga Perdana menentang pendahulu, Chelsea.




“Ia beberapa hari yang penuh emosi. Orang pertama saya bercakap selepas Ed (Woodward) menawarkan saya tugas ini ialah Ole, untuk meminta pandangannya. Itu perkara sebenar perlu dibuat.

“Saya bertanggungjawab untuk berada di sini menguruskan pasukan dan saya berbangga melakukannya.” – AFP