Connect with us

Piala Malaysia

Final Piala Malaysia: Penyokong dilarang makan, minum

Published

on

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan permohonan untuk kebenaran makan dan minum di stadium serta tambahan kapasiti penonton bagi aksi final Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan perkara itu sudah dimaklumkan kepada MFL oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.




“Melalui surat yang diterima oleh pihak MFL, KBS sudah membentangkan permohonan berkenaan bagi pertimbangan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bilangan 8 Tahun 2021 pada 16 November 2021.

“Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan yang aktiviti makan dan minum dalam kalangan penonton atau penyokong termasuk di kotak korporat (corporate box) adalah tidak dibenarkan.

“Seterusnya, kapasiti kehadiran penonton adalah kekal seperti ditetapkan di bawah standard operasi prosedur (SOP) Am Sektor Sukan dan Rekreasi di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 iaitu 50 peratus kapasiti tempat duduk atau 20,000 orang (yang mana lebih rendah).




Advertisement

“Ketetapan ini adalah dengan mengambil kira penilaian risiko semasa dan KBS akan memaklumkan kepada MFL sekiranya terdapat perubahan daripada semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Stuart berkata, pihaknya dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang untuk menyediakan satu tapak khas bagi penjaja kenderaan saji (Food Truck) di pekarangan stadium untuk memudahkan penonton makan dan minum sebelum masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir itu nanti.





“MFL terpaksa akur dengan keputusan MKN ini dan kami mendengar keluhan penonton yang berharap agar mereka dibenarkan makan dan minum di dalam stadium.

“Namun dengan larangan ini, pihak MFL akan berusaha untuk menyediakan kemudahan makan dan minum di luar stadium sebelum penonton masuk ke dalam stadium,” katanya.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Piala Malaysia

Julang Piala Malaysia kejayaan yang cukup manis – Shukor

Published

on

By

KUALA LUMPUR : Persaraan pemain berpengalaman Kuala Lumpur City (KL City) Shukor Adan sebagai pemain professional negara, berakhir dengan kemanisan apabila pasukan menjulang Piala Malaysia.

Kejayaan itu hadir, selepas skuad The City Boys menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.





“Saya dengan ini mengumumkan persaraan sebagai pemain di Liga Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang 24 tahun bergelar pemain.

“Kejayaan ini cukup manis buat saya sebelum menutup buku sebagai pemain,” katanya selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan dikecapi KL City selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.




Dalam pada itu Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam itu.

Advertisement

Skuad bimbingan Bojan Hodak menamatkan penantian 32 tahun KL City untuk menjulang trofi Piala Malaysia, yang menjangkau usia 100 tahun selepas menewaskan JDT 2-0.



Continue Reading

Piala Malaysia

KL tiada 10 Pemain Import Macam JDT, Kami tiada Tekanan – Bojan Hodak

Published

on

By

Esok peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 diantara Kuala Lumpur (KL City) menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ia adalah penutup tirai saingan Liga Malaysia musim ini sebelum kita memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF bulan depan.



Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini dijangka sengit namun Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan mereka tidak berada dalam tekanan dan akan bermain seperti biasa menentang skuad kendalian Benjamin Mora.

Bojan turut melabelkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana mempunyai ramai pemain berkualiti dan ada kelebihan dari segi fizikal.

“Saya tahu akan ada banyak masalah, kedua-dua pasukan agak terikat, terutamanya kami kerana kami tidak mempunyai dua skuad, kami tidak mempunyai 10 pemain import seperti mereka.

“Ini akan memberikan masalah fizikal untuk kami pada perlawanan ini, tiada sesiapa yang boleh jadi penat, setiap orang akan bermain mati-matian dan berikan yang terbaik.





“Saya berharap ia akan menjadi permainan yang bagus dan berharap akan keputusan yang positif. Tiada tekanan untuk kami kerana mereka pasukan paling kaya, bajet mereka 20 kali ganda, pemain dan fasiliti terbaik, jadi tiada tekanan untuk kami,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.
Advertisement

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super, JDT menang tipis 2-1 ke atas KL City di Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.





Pada masa sama, Hodak juga merasakan sentimen peminat bola sepak tempatan, mahu melihat KL City FC menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya 32 tahun lepas pada edisi 1989.

“Semua anggap mereka akan menang, tetapi mungkin yang lain-lain di Malaysia menyokong kami, kerana kami bukan pilihan dan ia agak mudah untuk bermain,” katanya.



Continue Reading

Piala Malaysia

Hanya nasib malang halang JDT jadi juara – Shebby

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Adakah aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini akan menjadi satu perlawanan berat sebelah?

Ia selepas ramai yang menganggap Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mudah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City (KL City) dan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2019.



Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh juga menyifatkan Harimau Selatan memiliki 90 peratus peluang untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Shebby berkata hanya 10 peratus kemungkinan JDT boleh gagal di final dan itu pun atas faktor nasib malang, bukannya kerana kekuatan dari KL City.

“JDT pasukan pilihan dari segi corak permainan dan kebolehan individu. Antara dua pasukan ini, memang sukar kalau kita nak cari sebab JDT tak boleh menang.





“Bagi saya 90 peratus (peluang JDT juara), yang 10 peratus lagi nasib malang. Nasib malang sahaja yang boleh menghalang JDT daripada menjadi juara,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Advertisement

Walaupun tidak dianggap sebagai pasukan gergasi dalam Liga Malaysia (Liga M), tetapi persembahan KL City dalam Piala Malaysia musim ini agak luar biasa dan rekod pertemuan mereka dengan JDT dalam Liga Super juga tidaklah terlalu buruk apabila terikat 1-1 di gelanggang sendiri dan tewas tipis 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik sukan bola sepak menegaskan rekod pertemuan dalam liga tidak boleh diambil kira untuk perlawanan di peringkat kalah mati terutama final Piala Malaysia.





“Pasukan Terengganu dalam Liga Super pun kalahkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi persembahan dalam liga memang tak boleh diambil kira, ia berbeza. Tekanan di final lain, kita tak boleh samakan dengan liga.

“Apa yang harus KL City elak adalah jangan bolos gol minit awal. Sebab JDT memang sudah jadi tabiat mereka akan cari gol awal dan selepas itu mengawal tempo perlawanan.

“Kekuatan JDT pada musim ini lebih kepada berpasukan dan bukannya individu. Semalam (lawan Terengganu FC) tiada Leandro, walaupun beraksi tanpa perancang tapi tetap boleh dapat tiga gol,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY