Connect with us

Darren Lok

Darren terlepas aksi bersama Harimau Malaya

Published

on

PETALING JAYA – Harapan penyerang berdarah kacukan negara, Darren Lok untuk bersaing dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 tidak kesampaian selepas disisihkan ekoran kecederaan otot.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas pemain Petaling Jaya City itu diberi pelepasan setelah menerima laporan daripada perubatan pasukan.




“Darren tidak akan meneruskan kem latihan pusat kebangsaan selepas disahkan mengalami kecederaan otot berulang ketika melaporkan diri awal minggu ini.

“Kami berasa agak terkilan memandangkan Darren telah menunjukkan prestasi konsisten (dalam saingan Liga Malaysia) tetapi tiada rezeki buatnya untuk bersama skuad kebangsaan kali ini.

“Mengenai pengganti, barisan kejurulatihan mengambil keputusan untuk tidak memanggil mana-mana pemain dan berpuas hati dengan senarai sedia ada,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi.

Advertisement





Sementara itu, Cheng Hoe turut merasa lega apabila dua pemain yang pasukan diwakili tersingkir pada aksi separuh akhir Piala Malaysia, Faisal Halim daripada kelab Terengganu FC (TFC) dan Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United) sudah melaporkan diri hari ini.

“Faisal dan Apek (Khairul Fahmi) sudah bersama kami. Cuma, Arif Fadzilah (Abu Bakar) diberi pelepasan sehari kerana mengadu tidak sihat dan akan bersama pasukan esok,” katanya.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai kejohanan dwitahunan yang dianjurkan di Singapura itu menentang Kemboja pada 6 Disember depan.

Selepas itu skuad Harimau Malaya akan menentang Laos pada 9 Disember, Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember). – K!



Advertisement
Continue Reading
Advertisement

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY