Mo Salah berang dengan penyokong sendiri

London: Mohamed Salah berang selepas seorang penyokong yang menceroboh memasuki padang cuba untuk mengambil gambar swafoto ketika Liverpool menewaskan Southampton 4-0 awal pagi tadi.

Beberapa keping gambar mendedahkan penyerang sensasi itu dilihat kurang selesa dan meminta pengawal keselamatan menjauhkan penceroboh itu daripada dirinya.




Penyokong itu sudah bersedia membuka kamera di telefon bimbitnya tetapi Salah menolak permintaan peminatnya itu.

Penyokong itu nyata tidak bertuah seperti seorang penyokong muda Liverpool yang berjaya memasuki padang di Anfield sebelum ini dan mengambil bola daripada aksi Liga Juara-Juara itu.





Salah gagal untuk meledak gol dengan Diego Jota, Thiago and Virgil van Dijk kali ini menyumbang gol untuk Reds yang kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Liverpool hanya memerlukan masa dua minit pertama untuk di depan menerusi gol Jota sebelum dia menambah satu lagi gol minit ke-32.

Thiago meledak gol ketiga minit ke-37 sebelum Van Dijk melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool dengan gol keempat minit ke-52.