Serbegeth ‘Shebby’ Singh meninggal dunia akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang Rabu.

Perkara itu disahkan oleh kru Astro Arena yang memaklumkan, Serbegeth atau lebih mesra dikenali sebagai Shebby jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor.





Shebby memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.
Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.




Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.