Hamilton, Serena berminat beli Chelsea

LONDON: Sir Lewis Hamilton dan Serena Williams menyertai bidaan untuk membeli Chelsea – walaupun bintang Formula Satu (F1) itu adalah penyokong Arsenal.

Sky News mendedahkan dua legenda sukan itu masing-masing bersedia melabur sekitar £10 juta (RM56.06 juta) dalam bidaan diketuai Sir Martin Broughton.





Kumpulan Broughton adalah satu daripada tiga pihak yang masih ada peluang membeli Chelsea daripada jutawan Russia, Roman Abramovich.

Pemilik LA Dodgers, Todd Boehly dan ketua Boston Celtics, Stephen Pagliuca juga berminat membeli kelab juara Eropah itu.





Juara tujuh kali F1, Hamilton – yang juga penyokong Arsenal yang memiliki kekayaaan bernilai £224 juta (RM1.255 bilion) – berjanji untuk memberikan £10 juta (RM56.06 juta).

Bintang tenis, Williams pula dilaporkan memiliki kekayaan $221 juta (RM951 juta) pada 2021 dan berkahwin dengan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat, Alexis Ohanian. – AGENSI