Kim Pan-gon Yakin Malaysia Mampu Tewaskan Mana-Mana Pasukan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan barisan pemain yang dipanggil kali ini dalam usaha untuk membentuk gandingan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia Jun ini.

Pengendali berusia 51 tahun itu menjelaskan, beliau mempunyai sebab tersendiri bagi pemilihan pemain kali ini sunggubpun terpaksa melupakan khidmat Khair Jones yang mengalami kecederaan.



Beliau juga telah membuat keputusan untuk memanggil pertahanan muda Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni sambil menegaskan panggilan itu tidak dibuat secara tangkap muat.

” Kami memanggil Shahrul Nizam dan juga Ruben selepas ada pemain yang mengalami kecederaan.”





“Kita sedang mempersiapkan senjata buat pasukan.”

Sambil itu, pengendali kelahiran Korea Selatan ini juga menegaskan bahawa pemilihan kali ini juga mengambil kira kepelbagaian taktikal yang ingin diterapkan dalam pasukan.

“Kita mahu merencanakan pelan taktikal yang membolehkan kita melawan mana-mana pasukan dengan mana-mana taktikal.”




“Kita juga mahu bersaing dengan semua pasukan tidak kira tahap pasukan mereka tinggi atau rendah,” jelasnya dalam satu temubual bersama FAM.

Ini juga bagi memastikan pasukan negara melakukan persediaan yang cukup rapi untuk menentang Brunei dan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan sebelum menghadapi ujian sebenar kelak.