Zainal Abidin Ketua Jurulatih Baharu Penang

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin telah dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan Penang FC yang baharu.

Zainal Abidin Hassan kembali membimbing pasukan Penang bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2022 setelah pasukan Penang sebelum ini dilihat sedikit terumbang ambing pada awal musim. Pihak pengurusan Penang FC membuat tindakan drastik, menghentikan khidmat Thomas Trucha.





Zainal Abidin kini diberi tanggungjawab menggalas tugas menjadi pengendali Penang FC. Perkara itu diumumkan pasukan Penang dalam satu siaran di laman rasmi media sosial Penang FC.



Untuk rekod, Zainal Abidin sebelum ini pernah membimbing pasukan Pulau Pinang selama semusim pada 2017-2018 sebelum berpindah ke Melaka United pada 2019. Khidmat pengendali yang berusia 60 tahun itu tidak lagi ditagih Melaka United setelah digantikan dengan Risto Vidalovic.

Kini menjadi misi baru buat Zainal untuk membentuk sebuah pasukan mantap bersama Penang FC dan membawa Penang berada pada landasan terbaik.