Pan Gon gugurkan Mat Yo, Mat Don

KUALA LUMPUR: Ketika penyokong menjangkakan Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh akan ‘disingkirkan’ namun dua pemain naturalisasi itu akan terus beraksi pada Kelayakan Piala Asia 2023.

Ini kerana penyerang sensasi itu dan juga Sumareh ‘lekat’ dalam senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran Harimau Malaya dalam misi menempah tiket ke saingan benua itu tahun depan.


Dua pemain itu menyertai 21 pemain yang mendapat kepercayaan daripada jurulatih, Kim Pan Gon untuk berdepan tiga perlawanan menentang Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).

Ini menyaksikan hanya satu ‘Harimau Import’ iaitu Liridon Krasniqi yang digugurkan sekali gus tidak berada dalam skuad untuk mengharungi tiga perlawanan kelayakan itu.

Selain Liridon, lima lagi pemain yang tidak berada dalam senarai adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Norshahrul Idlan Talaha.





Pengguguran lima pemain ini bukanlah satu yang mengejutkan memandangkan mereka juga tidak diturunkan dalam dua aksi persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong.

Pengguguran Kalamullah yang juga penjaga gol menyaksikan Ahmad Syihan Hazmi yang juga tidak beraksi dalam dua perlawanan pemanas badan itu ‘lolos’ dalam senarai akhir 23 pemain.




Dalam satu kenyataan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.

“Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan,” kata badan induk itu.

May be an image of text that says "SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA QUALIFIERS AFC ASIAN CUP 2023 FARIZAL MARLIAS የር SYIHAN HAZMI E SHAHRUL SAAD CORBIN-ONG SYAMER KUTTY KHAIRULAZHAN ሆር DE PAULA SYAFIO AHMAD DARREN LOK NAZMI FAIZ SAFIO RAHIM RUVENTHIRAN KHUZAIMI PIEE ARIF AIMAN SAFAWI RASID FAISAL HALIM DOMINIC TAN AKHYAR RASHID AZAM AZIH SUMAREH DION COOLS MATTHEW DAVIES JUNIOR ELDSTAL fam.org.my f @FAMalaysiaOfficial @FAMalaysia @FAM_Malaysia"