TMJ Umum Undur Diri Dari JDT

TMJ umum undur diri dari JDT, satu berita yang begitu mengejutkan buat semua peminat bola sepak tanah air hari ini.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memaklumkan akan mengundurkan diri daripada urusan harian pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Baginda TMJ memaklumkan hal sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.





Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini.





Tunku Ismail memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu selepas mengambil alih pengurusan kelab bermula pada penghujung musim 2012.

Sepanjang tempoh hampir sedekad ini, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih skuad Harimau Selatan itu bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada musim 2014 malah turut membawa masuk bintang seperti bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza.