[VIDEO] Penyokong Sri Pahang mengamuk

KUALA LUMPUR: Penyokong Sri Pahang tampak sudah hilang sabar dengan persembahan buruk yang dipamerkan skuad itu dalam 10 perlawanan awal Liga Super musim ini.


Kemarahan penyokong ‘meletus’ selepas skuad kendalian Christophe Gamel itu mengalami kekalahan keenam apabila tunduk 3-0 di tangan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, penyokong meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pemain selepas perlawanan itu.





Beberapa penyokong kedengaran mempersoal aksi kurang baik skuad Tok Gajah dengan pemain kebangsaan, Nor Azam Azih dilihat cuba menenangkan keadaan panas itu.

Kekalahan di tangan Negeri Sembilan turut menyaksikan Sri Pahang terjerumus ke dalam zon penyingkiran dengan mengumpul lapan mata selepas mengharungi 10 perlawanan liga.




Anak buah Gamel hanya meraih dua kemenangan dalam liga, seri dua kali dan tewas enam kali.