JDT Pasukan Pertama Sudah Lengkapkan kuota 9 Pemain Import

Juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut menjadi pasukan pertama yang melengkapkan pengambilan sembilan pemain import.

Melalui sidang media yang dilakukan semalam MFL telah mengumumkan penstrukturan Liga Malaysia, yang menyaksikan saingan domestik tertinggi negara dirombak sepenuhnya.


Selain penambahan jumlah pasukan yang bersaing di Liga Super daripada 12 pasukan pada musim ini kepada 18 pasukan, perubahan ketara yang turut dilakukan adalah penambahan pemain import daripada lima pemain kepada sembilan bermula musim hadapan.

Peraturan baharu itu membenarkan setiap pasukan membariskan 6 pemain import di dalam setiap pasukan pada hari perlawanan, manakala tiga lagi pemain dibenarkan untuk saingan Liga Simpanan yang dikhususkan untuk skuad B-23.





Walaupun sebelum pengumuman oleh MFL semalam, JDT telah menjadi pasukan pertama yang melengkapkan kuota pemain import mereka mulai musim ini.

Ia bukanlah perkara yang mengejutkan kerana JDT adalah pasukan tunggal negara yang bersaing di pentas AFC Champions League (AFC) pada musim ini, dan persiapan pasukan itu untuk menghadapi saingan sama pada musim hadapan.

Pada awal musim, JDT telah memiliki Bergson da Silva (Brazil), Fernando Forestieri (Argentina), Leandro Velasquez (Argentina), Shane Lowry (Australia) dan Carli de Murga (Filipina).





Selepas melepaskan dua pemain, iaitu Bienvenido Maranon (Filipina) dan Mauricio Santos (Brazil) pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, JDT kemudiannya merekrut Jordi Amat (Indonesia) dan Levy Madinda (Gabon) untuk melengkapkan senarai sembilan pemain import.

Dua lagi pemain import JDT sedia ada yang kerap beraksi bersama JDT II adalah Fernando Rodriguez (Argentina) dan Moussa Sidebe (Mali). – Grandstandkita