Harimau Malaya sertai Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru di Thailand

Skuad kebangsaan dijangka bertemu dengan sebuah pasukan dari Amerika Selatan, Asia dan Timur Tengah dalam Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru yang akan berlangsung di Thailand pada September ini.

Ini sebagai persiapan sebelum mengharungi Piala AFF pada Disember dan Piala Asia pada tahun depan.

“Buat masa ini saya difahamkan kejohanan tersebut akan disertai negara yang menduduki ranking lebih baik sama ada dari Asia atau wilayah Timur Tengah dan Amerika Latin dan ia akan dilangsungkan di Hat Yai atau Pattaya,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar kepada Berita Harian.



Namun, biarlah pihak penganjur yang mengumumkan lebih lanjut.”

Skuad kebangsaan juga akan mengadakan sesi latihan berpusat pada September dan November, namun soal mengadakan sesi latihan berpusat di luar negara masih dipertimbangkan.

“Kita pun belum tahu sama ada kita akan bermain pada Jun ataupun 2024. Apabila kita sudah tahu mengenai undian dan sebagainya, barulah kita boleh merancang untuk adakannya (di luar negara).

“Kita juga perlu lihat kalendar liga kerana untuk mengadakan latihan pusat di luar negara, mungkin ambil masa sehingga dua minggu jadi kita perlu pertimbangkan juga faktor ini.”





Satu lagi sesi latihan berpusat akan diadakan pada November kerana skuad negara akan beraksi dalam Piala AFF yang dijadualkan berlangsung 21 Disember hingga 17Januari 2023.

Di peringkat B-23, FAM akan melantik ketua jurulatih pasukan kebangsaan B23 baharu tidak lama lagi.

Namun, FAM menyifatkan, memandangkan pasukan B-23 berkait rapat dengan skuad kebangsaan dari segi faktor umur dan juga pergerakan pemain, Pan-gon turut terlibat dalam pemantuan perancangan dan prestasi pasukan.




Beliau juga akan memberi pandangan beliau dan bekerjasama dengan FAM dalam hal berkaitan dengan pelantikan ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan skuad B-23 baharu.

Bagaimanapun, FAM tidak terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih B-23 baharu memandangkan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 25 September 2022 telah ditangguh ke tarikh baharu iaitu 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Ini termasuk Sukan SEA di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei, 2023 dan kelayakan Sukan Olimpik yang akan diadakan pada Januari 2024.