JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada Benjamin Mora

Johor Darul Ta’zim menerusi satu ciapan Twitter mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Benjamin Mora.

Menurut media JST, Benjamin Mora meminta untuk pulang ke Mexico kerana mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan dan JDT sentiasa berlapang dada untuk menerima kembali Benjamin Mora seandainya beliau ingin kembali.



“Benjamin telah meminta JDT untuk membenarkannya kembali ke Mexico kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, dan JDT menghormati permintaan itu dan akan sentiasa membuka pintu untuk kembali pada masa hadapan.” Jelas JST di Twitter.

Bersama JDT, Benjamin Mora mengendalikan 148 perlawanan dan memperoleh 102 kemenangan disamping cemerlang membantu JDT mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara ACL.





Sementara itu mmuncul pula pelbagai spekulasi yang mengaitkan individu tertentu sebagai pengendali baharu skuad Harimau Selatan.

Paling hebat diperkatakan ketika ini adalah juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu akan mendapat sentuhan jurulatih dari Argentina dan individu berkenaan dikatakan sudah berada di negara ini.





Berikutan itu, beberapa nama seperti bekas pemain import JDT, Luciano Figueroa turut terpalit dengan spekulasi sebagai jurulatih baharu skuad itu.

Tidak cukup dengan itu, nama bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe juga tidak ketinggalan dipetik di media sosial.

Ketiadaan pengendali berusia 43 tahun itu menyaksikan tugasnya dipangku penolong jurulatih, Mohd Hamzani Omar dalam dua perlawanan terakhir JDT sebelum ini dengan mereka berjaya mengalahkan Penang 1-0 dan menang 2-1 ke atas Melaka United di gelanggang lawan.