Penyokong Kelantan naik angin dakwa penyokong perak kurang hajar

Kuala Lumpur: Aksi Liga Perdana antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, petang ini, bertukar ‘panas’ selepas penyokong The Red Warriors mengamuk susulan kekalahan 1-2 dialami pasukan itu.

Menerusi beberapa klip video tular di laman media sosial, penyokong Perak FC diarahkan masuk ke dalam padang dan tidak dibenarkan untuk keluar dari stadium selepas wisel penamat dibunyikan.

Malah, bukan setakat penyokong, tetapi pemain dikatakan terpaksa ‘berlindung’ di tengah stadium bagi mengelak daripada mencetuskan perkara tidak diingini daripada berlaku.


Bukan itu sahaja, bas dipercayai dinaiki pemain Perak FC turut dibaling dengan objek seperti botol air dan batu oleh kelompok penyokong dipercayai penyokong Kelantan FC.

Gambar cermin bas yang pecah selepas dibaling dengan objek turut menjadi tular di laman media sosial.

Penyokong Kelantan mendakwa tindakan sedemikian dikatakan bukan kerana pasukan kesayangan mereka tewas, tetapi sebaliknya kerana tindakan tidak bertamadun penyokong Perak yang memijak bendera Kelantan dan membuat onardi gelanggang lawan, termasuklah kencing merata di stadium selepas pasukan mereka menang.





Ia turut ditegur oleh pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. Mudahan fans luar (yang datang ke Kota Bharu) lebih beradab dan professional. Jangan datang ke tempat orang dan buat kacau. Kalah atau menang itu adat perlawanan, saya boleh terima. Tapi kalau dah provok, kencing pijak bendera, ini sesuatu yang tidak baik.

Pada aksi terbabit, pendahulu Liga Perdana itu tewas 1-2 di tangan Perak yang menghuni tangga ke-11 meskipun mendahului seawal minit pertama menerusi Jasmir Mehat.





Namun, dua gol menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor (m15) dan gol sendiri (m20) memastikan Perak FC meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan FC di laman sendiri pada musim ini.