TMJ kecam CEO Selangor FC, ‘Bos Lembik!’

TMJ kecam CEO Selangor FC, ‘Bos Lembik!’. Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi cadangan agar Selangor melakukan sesuatu untuk kembali bangkit.

“Orang dah cakap dulu jangan dengar cakap Izhar Moslim tak percaya.



“Beri dia kuasa kawal CEO, melantik orang-orang dia termasuk termasuk beli pemain. Duli bila tegur dituduh dengki.

“Lantiklah sesiapapun, selagi bos kena cucuk hidung dengar cakap puak yang ada kepentingan peribadi, tidak akan ke mana.

“Izhar… Jauhilah bola sepak.” Jelas TMJ di rungan komen salah satu hantaran Instagram.

TMJ kecam CEO Selangor FC, ‘Bos Lembik!’

Malam semalam Selangor berjaya ditewaskan Terengganu 2–0 dan kini penyokong mula bersuara dan inginkan perubahan dapat dilakukan segera.





Terdahulu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik satu hantaran Instastory mengenai salah seorang individu yang berada dalam barisan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Izhar Moslim mengenai salah lakunya dalam pengurusan.

Menurut baginda, Izhar melantik kroninya untuk berada dalam persatuan dan merupakan punca kepada kemerosotan Selangor FC dalam beberapa musim.

TMJ juga mahu pengerusi Selangor iaitu Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj supaya mengambil tindakan segera terhadap Izhar.




Izhar dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam Selangor dan merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan penting.

Izhar pernah memberitahu bahawa beliau pelik mengapa dirinya sering dipersalahkan atas persembahan hambar Selangor.

Menurut Izhar, beliau tidak tahu apa salahnya sehingga sering dikecam oleh para penyokong.