Tahniah JDT, tapi sayang pemain tak pandai cakap Johor – Sanusi

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala FA 2022 pada Sabtu malam.

Walau bagaimanapun, kejayaan menewaskan Terengganu FC 1-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil sempat diusik oleh Menteri Besar Kedah itu di laman Facebooknya sehingga menarik perhatian netizen.


BACA: Final Piala FA: “Bukan saya saja, seluruh Malaysia kecuali Johor sokong TFC” – MB Kedah

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tidak pandai cakap Johor,” tulisnya di laman facebook pada pagi Ahad.




Bersama ucapan tersebut, Muhammad Sanusi turut memuatkan video beliau bermain biola dengan muzik latar belakang lagu Hindustan popular, Humko Humise Churalo dari filem Mohabbatein.

Tindakannya menerima tanda suka lebih 9,000 netizen, lebih 3,000 komen dan lebih 800 dikongsi setakat jam 11 pagi pada Ahad.





Biarpun ucapan Muhammad Sanusi itu menerima tanda suka yang banyak namun tidak kurang juga netizen yang mengecam tindakan beliau.

Sebelum ini, MB Kedah itu secara terbuka mengakui memberikan sokongan kepada pasukan Sang Penyu kerana isterinya berasal dari negeri tersebut.