Lim Teong Kim Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Perak

Perak FC hari ini mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.

Lim Teong Kim menandatangani kontrak dua tahun bersama Perak FC di mana kelab itu mempunyai pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.




Teong Kim menyatakan bahawa beliau ingin membantu membawa perubahan struktur kepada cara kelab bola sepak dikendalikan di Malaysia.

Untuk rekod, Teong Kim mempunyai pengalaman luas iaitu melatih pasukan belia Bayern Munich selama 12 tahun dan pernah melatih beberapa pemain terbaik dunia seperi Thomas Muller, Toni Kroos dan David Alaba.





Pengerusi Perak FC, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata sudah tiba masanya untuk pasukan Perak menyusun semula pasukan selepas melalui awal musim ini dengan deretan kekalahan.

“Perak FC terpaksa menjalani tempoh peralihan, dan kami kini telah menyelesaikan semua masalah yang timbul. Tiada lagi alasan untuk musim depan kerana kami mempunyai masa yang cukup dan jurulatih terkemuka yang telah ditambah dalam senarai kami,” kata Dato’ Seri Azim. – Makan Bola