Connect with us

Terkini

“Makin Lama Diam, Makin Menjadi…” Puteri Sarah pelik selalu terima k0men hasvtan dari Individu ini

Published

on

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dirinya sering menerima komen berbaur hasutan, yang dilihat sebagai cubaan memisahkan hubungannya bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.

“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen you tapi i buat tak tahu. But this time around nak tanye apa motif you eh?,” tulis Puteri Sarah.

Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.

Terdahulu, Sarah tidak mahu mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.
Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.

Advertisement

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, memaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, tahun hadapan. Ia sekali gus menjawab persoalan selepas bapa Ira iaitu Kazar atau Kazaruddin Saisi memberi kenyataan berharap mereka dapat berdamai. Puteri Sarah berkata, dia tidak akan menarik balik dakwaan dan tetap mahu kes itu diselesaikan mengikut landasan undang-undang.

“Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik dakwaan dan meneruskan sehingga perbicaraan. Memang proses agak lambat sebab mahkamah sibuk, tetapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada 25, 28 dan 29 Ogos, tahun depan. “Walaupun perbicaraan tahun hadapan, perintah injuksi interim tetap berjalan. Sesiapa melanggar perintah, tetap akan kena dakwa.

“Alhamdulillah, saya rasa dilindungi. Saya bersyukur negara ada undang-undang sebab kalau tidak, mungkin saya berterusan ‘dilanyak’. Biarpun perbicaraan lambat lagi, saya okay dan boleh terus kehidupan seperti biasa sebab tak bersalah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Suri Hati itu kelihatan gembira berkongsi perkara berkenaan berkata, dia kini lebih tenang dan fokus kepada kerjaya serta ibu kepada dua cahaya mata.

“Jika dua tahun lalu, saya sentiasa sibukkan diri agar tidak berfikir mengenai masalah. Tetapi, sekarang saya sudah semakin matang dan bersyukur dengan rezeki melimpah-ruah.

Advertisement

“Saya tak mahu tolak ‘job’ kerana lakonan adalah jiwa saya. Pada masa sama, ada banyak juga tawaran ulasan produk. Apabila saya tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang.

“Jika orang bertanya adakah kebahagiaan berkaitan dengan suami, itu kita tengok macam mana nanti. Tetapi, buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya,” katanya. Mengulas hubungan dengan Syamsul, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut. Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui, suaminya ada bertemu dengan anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Dia masih berjumpa anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama anak. Syamsul masih menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah. “Saya pula macam biasa, sibuk dengan kerjaya saya. Bila tiada dengan anak, Syamsul ambil giliran bersama mereka. Saya gembira Syamsul selalu meluangkan masa dengan mereka.

“Setiap minggu, saya pergi ke rumah ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sebab hubungan saya dengan mereka tetap baik dan mereka selalu rindu cucunya.

“Jadi, Syamsul akan datang berjumpa dengan anak apabila saya datang ke rumah keluarganya,” katanya. Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Advertisement

Sumber : MH & Bharian

Continue Reading
Advertisement

Terkini

Kagum lihat semangat Sarah baru selesai urusan, Reaksi lra pula jadi perhatian

Published

on

By

Puteri Sarah Liyana menjadi bukti bahawa hati seorang isteri tidak boleh dipermainkan seperti boneka. Mereka sanggup berjuang habis-habisan untuk memperbetulkan masalah rumah tangga meskipun ia berat.

Namun jika hati sudah tawar dan penat, usah ditanya mengapa jika mereka enggan menoleh ke belakang lagi. Hari ini Sarah bersedia sebab ada adik-adik teman.

Setelah melalui perbincangan serius dengan semua pihak, hari ini Puteri Sarah dengan penuh bersemangat melangkah masuk ke perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

 

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

Ditemani dua orang adiknya sebagai penguat semangat, lebih 30 orang team media juga dilihat mengerumuni lokasi terbabit bagi melakukan liputan sehingga perbicaraan tamat hari ini. Dah fikir masak-masak, tiada peluang kedua buat Syamsul.

 

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ira Kazar kunci mulut sampai hari ini. Hingga kini, Ira Kazar dilihat masih mengunci mulut meskipun namanya menjadi bualan hangat 1 Malaysia sejak 2 minggu lalu termasuklah tidak direstui kedua-dua mentuanya. Tidak rela dimadukan dengan cara sebegini menjadi punca Sarah nekad mahu membawa haluan sendiri.

Nekad ingin memfailkan perceraian Isnin ini, kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar seperti tiada akhirnya selepas ada pihak yang mendakwa pelakon jelita itu anti poligami.

Menyedari perkara itu, Sarah tampil memberi respons dan menepis dakwaan tersebut gara-gara mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dirinya tidak rela dimadukan tempoh hari yang lalu.

Advertisement

Menurut Sarah, keputusan yang dibuatnya itu dianggap sebagai petunjuk dari Allah atas doa yang dimintanya ketika menunaikan ibadah umrah di Mekkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami. Mereka kata Sarah tak nak ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar. Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah juga mengakui dirinya sudah reda dengan segala ujian yang sedang dilaluinya kini biarpun ada yang mempertikaikannya.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah.

Advertisement

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda. Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan berani mati bahawa dirinya sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, selepas empat tahun mendiamkan diri.

Sumber : erinsakura dan kosmo

Continue Reading

Terkini

‘Peny0ndol mana ada yang cantik lagi2..’ Ayat Pedas Rita bagi tip Suami cari isteri baru

Published

on

By

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Rita Rudaini di Insta Story menjadi perhatian memuat naik status berbaur sindiran buat wanita perampas suami orang.

Rita berkata jika si suami mahu upgrade atau mencari isteri baru biarlah yang lebih cantik dan hebat. Rita turut menyindir karakter si penyondol tidak cantik dan low class.

“Penyondol punya karakter mana ada cantik-cantik. Low class, level2 bohsia hondacup. Keturunan nanti pun tak menjadi sebab acuan hondacup,” tulisnya. Kata Rita lagi, jika golongan penyondol memiliki rupa paras yang cantik atau hot, sudah pasti tidak akan merampas suami orang.

Dalam pada itu, Rita berkata lelaki yang baik kerana ada wanita baik disisinya, namun lelaki itu akan berkelakuan seperti babi jika disisinya seorang babi penyondol.

“Tetapi kalau di sisinya ialah seorang babi penyondol, maka lelaki itu pun akan berkelakuan macam babi seperti babi betina di sisinya,” tulisnya.

Advertisement

Terdahulu, Rita meluahkan rasa hairan dengan sijap segelintir netizen yang kurang senang dengan perkongsian dan pendedahan dibuat pelakon Puteri Sarah mengenai konflik rumah tangganya.

Menurut Rita, penderitaan dihadapi Puteri Sarah hampir sama dengannya namun mempunyai keluarga mentua yang sangat baik yang sentiasa berada dibelakang.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini berkongsi momen menghantar anaknya pulang ke sekolah berasmara ekoran sesi persekolahan telah bermula hari ini selepas bercuti panjang.

Menerusi video yang dikongsi Rita, rata-rata ibu bapa berasa sayu untuk berpisah dengan anak begitu juga Rita dengan meniggalkan kapsyen yang menyentuh hati.

“Sunyi lah mommy and adik malam ini,” tulis Rita ringkas. Malah, warganet turut berasa sedih melihat anak-beranak tersebut saling berpelukan dan melambai.

Advertisement

Tidak semena, ada individu meninggalkan komen dengan mempersoal apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu tonton video tersebut.

Tanpa dijangka, Rita membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana telah menyekat (block) kerana risau jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai matl di kejar bayang-bayang,” balasnya kepada individu itu.

Namun begitu, rata-rata warganet memuji semangat Rita membesarkan anak-anaknya bersendirian tanpa seorang suami.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk Rita dan anak-anaknya itu. Sekadar info, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008, namun telah bercerai pada tahun 2013.

Advertisement

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Advertisement

Sumber : rotikaya

Continue Reading

Terkini

‘Ayah Mereka Telah Dir4mpas..’ lra disumpah Ibu mertua, Ini terjadi Slepas pertemuan Dengan lra

Published

on

By

Masalah rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum berakhir dan pasangan ini juga dilihat saling berbalas kenyataan di akaun media sosial masing-masing.

Media melaporkan Puteri Sarah akan memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof pada hari Isnin dan susulan daripada itu, penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantunya itu untuk menimbangkan semula keputusan tersebut.

‘Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu’ Terbaharu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga anak lelakinya bersama menantu kesayangannya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Datin Fatimah berkongsi gambar dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen padu yang ditulis olehnya.

Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidup mereka.

Advertisement

Terdahulu, Datin Fatimah memaklumkan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof bersama Ira Kazar. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Adik kepada sutradara Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof, 31, mendedahkan yang dia masih lagi belum bertemu dengan isteri abangnya itu, Ira Kazar. Syafiq menjelaskan, dia juga tidak pasti jika ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah bertemu dengan Ira atau belum.

“Saya tak ada junnpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.

“Bagaimanapun saya faham, kami datang daripada keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian. “Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam Internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya.

Syafiq ditemui selepas majlis pelancaran dan prebiu drama bersiri arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di ibu kota sebentar tadi.

Advertisement

Dalam masa sama, Syafiq memberitahu yang dia tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya memandangkan mereka tidak duduk serumah dan jarang berjumpa.

“Kali terakhir kami jumpa adalah pada hari raya tahun lepas sebab musing-musing sibuk. Tapi, kami banyak bual tentang filem dan projek baharu.

“Bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah tidak saya dedahkan,” katanya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Advertisement

Sumber : ohbula

Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY