Connect with us

Viral

“Zal masih ada..” sekian lama sepi, Datuk Ras Adiba dedah perkembangan terkini

Published

on

Kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman sejak lebih setahun lalu terus kekal menjadi tanda tanya.

Sehingga kini, tiada petunjuk baharu berhubung kehilangannya pada November 2021 walaupun sudah tiga kali pasukan penyiasat ke rumah dimiliki personaliti terbabit. Wartawan yang meninjau di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini, mendapati keadaan rumah terbabit lengang dan sunyi selain mula dipenuhi lalang.

Malah, pintu pagar juga ditutup rapat selain tiada sebarang kerja pengubahsuaian rumah dijalankan. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia melihat pasukan polis ke rumah terbabit pada Julai lalu.

“Selepas itu memang tiada sesiapa yang masuk, kadang-kadang hanya terlihat wartawan dan jurugambar sahaja.

“Pada asalnya pintu pagar rumah berkenaan tercabut namun sudah dipasang semula dan ditutup rapat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, meskipun tiada petunjuk baharu terhadap kehilangan wanita terbabit namun siasatan masih diteruskan.

Menurutnya, kes itu tidak pernah ditutup, malah ia dibuat secara menyeluruh mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Siasatan terperinci dilakukan termasuk mendapatkan informasi atau perkembangan kes daripada ahli keluarga dan individu yang mempunyai maklumat mengenainya.

“Namun sehingga kini, tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh mengenai keberadaan Zalina, malah kediaman berkenaan juga tidak menunjukkan ada pergerakan keluar dan masuk oleh sesiapa,” katanya ketika dihubungi. Pada Julai lalu, berita kehilangan personaliti berkenaan dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi satu laporan.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Advertisement

Kali terakhir anak kepada bekas personaliti TV3 itu berhubung dengan ibunya adalah pada Julai tahun lalu. Polis menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital. Bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu dipercayai masih hidup.

Rakan baiknya, Datuk Ras Adiba Radzi, 54, berkata beliau percaya Zalina masih hidup dan akan terus menunggu kemunculannya semula.

Menurutnya, dia juga ada beberapa kali menghubungi pihak polis namun tiada perkembangan lanjut berhubung kehilangan rakannya.

Selain itu, katanya, dia dan rakan-rakannya turut menghantar mesej kepada Zalina menerusi media sosial dengan harapan akan menerima balasan daripadanya.

Advertisement

“Daripada keluarga pula, saya tidak tahu apa sedang berlaku namun saya pasti mereka tidak putus asa untuk mencari di mana keberadaannya.

“Saya secara peribadi berasa Zal masih ada (hidup), namun tidak tahu dia di mana. Jadi, saya mohon sesiapa saja untuk bantu beritahu saya atau pihak polis sekiranya ada ternampak Zal. Kami risau dan merinduinya.

“Saya berdoa supaya Zal dapat kembali dalam keadaan sihat. Namun begitu sekiranya sebaliknya, saya pohon Allah permudahkan segala urusan untuk kami bertemu dengannya dalam apa jua keadaan dan situasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berharap Zalina membaca berita mengenai kerisauan rakan-rakan sejak kisah kehilangannya diketahui ramai.

“Kami akan terus menyokong Zal dalam apa jua keadaan. Saya berdoakan Zal membaca apa yang akan ditulis daripada berita ini. Saya doa akan ada orang beritahu kepadanya bahawa saya rindukannya.

Advertisement

“Malah, sewaktu bertemu rakan lain tempoh hari, memang kami ada berbincang mengenai Zal. Mereka memang banyak bertanya kerana saya sentiasa ada untuk mencari Zal. Semoga Tuhan membuka jalan untuk bertemu dengan sahabat saya,” katanya.

Sementara itu, Datuk Aznil Nawawi berkata, dia dan rakan lain merayu kepada Zalina atau sesiapa yang bersamanya untuk muncul.

“Baru-baru ini, saya ada berbincang dengan Datuk Ras Adiba, Haliza Hashim, Zakiah Anas dan Azura Karim. Tapi kami juga agak buntu.

“Dalam masa sama, kami juga sangat berhati-hati dalam usaha menjejak Zalina sebab takut mengganggu usaha pihak polis. Bukan apa, takut kesan dari rancangan kami membahayakan Zalina pula,” katanya.Seorang lagi rakan Zalina yang juga bekas personaliti TV3, Zakiah Anas berkata, dia juga buntu berhubung kehilangan rakannya yang sehingga kini gagal dikesan.

“Setakat ini memang senyap sunyi. Tidak ada khabar berita langsung mengenai sahabat kami. Saya dan rakan lain pun buntu. Tidak tahu nak buat apa lagi. Moga Zalina dalam jagaan Allah SWT,” katanya.

Advertisement

Sumber : Hmetro

Continue Reading
Advertisement

Uncategorised

4tahun ada masaIah Pandai Sarah sorok dari Anak2. Ini pula jadi bila ‘call’ Syamsul

Published

on

By

Syamsul Yusof mengambil langkah berdiam diri dan gagal dihubungi bagi mendapatkan komennya berhubung tindakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang memfailkan perceraian, hari ini.

Cubaan Harian Metro menghubungi Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, menjelaskan masih belum memaklumkan kepada dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3, berhubung bakal berpisah dengan bapa mereka, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, dia masih belum memutuskan menjelaskan perkara itu kerana Syaikhul dan Summayah masih kecil serta belum memahami situasi sebenar.

“Anak-anak masih kecil dan rasanya mereka belum memahami apa yang terjadi. “Mereka baik-baik sahaja dan kini, dalam jagaan keluarga dan mentua,” katanya kepada pemberita sejurus selesai memfailkan

Advertisement

perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.

Terdahulu, Puteri Sarah nekad mengambil jalan perpisahan untuk perhubungan mereka selepas sudah berfikir masak-masaknya dalam jangka masa lama sejak empat tahun lalu sehingga akhirnya menutup peluang kedua untuk Syamsul.

Advertisement

Apapun, keputusan untuk berpisah ini semestinya sudah diketahui Syamsul kerana ia terlebih dulu dimuat naik Puteri Sarah di Instagram minggu lalu sebelum memfailkannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro berkata, dia berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dan keluarganya.

Sumber : HMetro

Continue Reading

Viral

Terus berubah wajah, Netlzen Panas wartawan tiba2 tanya soalan Ini dekat Sarah di depan orang ramai

Published

on

By

“Kita mula (berumah tangga) pada 8 Mac (2014), kita habiskan 8 Mac ini.” Itulah antara kata-kata keramat Puteri Sarah Liyana, yang nekad mahu berpisah meskipun telah hampir 9 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya.

Dia turut lega apabila prosiding hari ini berjalan selesai, malah diibaratkan suatu beban besar sudah terlepas daripada bahunya. Anak tak tahu apa-apa… tapi memang dah bincang dengan Datuk & Datin, mereka hormat pilihan Sarah
Terdahulu, pelakon berusia 38 tahun ini akui masih belum maklumkan kepada Syaikhul Islam dan Summayah berhubung mahu berpisah dengan bapa mereka.

Hal ini kerana, umur kedua-dua anaknya itu masih kecil serta belum memahami situasi sebenar. Bagaimanapun, Puteri Sarah sudah bincangkan perkara ini bersama ibu bapa Syamsul dan mereka hormat segala pilihannya.

Orang luar tidak tahu, ada sebab kenapa dia (Datin) jadi begitu…hanya saya, pihak sebelah sana & JAWI saja tahu.

Ditanya mengenai kelantangan Datin Patimah Ismail tegur anaknya di media sosial, Puteri Sarah bagaimanapun mempertahankan perkara itu. Ujarnya secara ringkas, ini kerana terdapat banyak isu dalaman yang berlaku namun tidak didedahkan kepada umum.

Advertisement

Justeru, dia meminta kerjasama semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengecam tindakan ibu mentuanya. Sejujurnya masih sayang Syamsul? lni respon spontan Puteri Sarah (minit 1:30)
Sepanjang di mahkamah pagi tadi, pelakon drama `Melastik Ke Hatimu’ ini akui fokusnya adalah tanggungjawab terhadap anak-anak.

Namun apabila ditanya masihkah ada lagi perasaan sayang kepada Syamsul, Puteri Sarah dilihat pejamkan matanya buat seketika sebelum menolak secara balk daripada jawab persoalan berikut.

Antara reaksi netizen.

Sumber : kisahdunia

Advertisement
Continue Reading

Viral

lra, Ayah dan Kakak ke penjar4? Baru je pguam sarah bagitahu ada sesuatu terjadi pada lG kakak lra

Published

on

By

Setelah 4 tahun memendam pelbagai perasaan, nampaknya 2023 adalah masa kebangkitan Puteri Sarah Liyana daripada kemelut perkahwinannya. Mana tidaknya, awal-awal lagi aktres ini melakukan persiapan rapi termasuklah mengambil tindakan undang-undang tegas demi kebaikan masa depannya bersama anak-anak.

Cukuplah 9 tahun jadi isteri I Syamsul
Seperti ramai sedia makium, pagi tadi Puteri Sarah sambil ditemani 2 adiknya memfailkan tuntutan berpisah terhadap Syamsul.

la susulan krisis rumah tangganya tidak menemui sebarang jalan damai, di samping enggan bermadu dengan Ira Kazar. Walau apa pun berlaku, dia tidak akan menarik semula hasrat tersebut.

Bahkan ironinya lagi, tarikh sebutan pertama perbicaraan ditetapkan betul-betul pada sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

Mereka sepatutnya tidak boleh dekati Syamsul…tapi berkahwin di luar negara pula
Selepas tindakan pertama itu, ia bakal disusuli dengan prosiding hlna mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa serta seorang kakak kandungnya.

Advertisement

 

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, 3 beranak itu didakwa secara jelas dan terang tidak mematuhi perintah injuksi yang dikeluarkan mahkamah tahun lepas.

Advertisement

la termasuklah pernikahan Ira Kazar bersama Syamsul di Thailand baru-baru ini. Tambah beliau lagi, mereka boleh dikenakan jumlah denda serta tempoh penjara tertentu jika didapati bersalah.

Tabahlah bila 1 family kena…ini contoh wanita berilmu, yang tahu nak buat apa sekiranya diuji
Meninjau ke ruangan, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah selaki pihak yang teraniaya mendapat keadilan sewajarnya.

Dalam waktu yang sama, mereka turut mengambil iktibar terhadap setiap tindakan yang diambil oleh selebriti berkenaan terhadap pengganggu rumah tangga.

Terdapat juga komen dari netizen yang memaklumkan akuan lG kakak kepada lra kazar iaitu yasmin kazar yang semalam tular kini di tidak aktif.

Terdahulu pada semalam, Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Advertisement

Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.

Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.

Advertisement

“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.

Sumber : HM

Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY