Connect with us

Terkini

‘Baru Kenal Siapa Arwh M. Rajoli’ – Rupanya Allahyarham M. Rajoli Yg Baca Talkin Masa P.Ramlee MninggIDnia. Sempat Titip Pesan Ini

Published

on

Pmergian pelakon veteran M.Rajoli pada atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli Mohamed Zin,65, pada 17 September 2010 dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air dan sukar dicari ganti.

Bakatnya yang pelbagai mampu membuatkan penonton ketawa dan mnangis mengikut watak yang diberikan.

Apalagi dengan gurau senda yang sering menjadi usikannya kepada keluarga dan rakan-rakan, ia pastinya menjadi memori yang indah.

Allahyrham M.Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain dilahirkan pada 7 April 1945 di Pasir Mas Kelantan. Mempunyai dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Hajah Wan Chik Daud. Mereka dikurniakan empat orang anak keseluruhan.

Pada awal 70-an, M. Rajoli pernah belajar agama di Pulau Pinang kemudian ke Pakistan. Semasa berhijrah ke Kuala Lumpur antara pekerjaan yang pernah dilakukan ialah penjaga lif di bangunan UMNO.

Advertisement

Pengalaman yang dilalui termasuk pernah meringkuk tiga malam dalam lo.kap akiibat meminjamkan motosikal kepada rakannya seorang kongsi geIap semasa remaja membantu M. Rajoli mengisi lakonannya.

Kerjaya

M. Rajoli mula berlakon apabila ditemui oleh pelakon Ed Osmera tahun 1982. Ketika itu pengarah filem Jins Shamsuddin sedang mencari pelakon yang boleh membaca talkin untuk penggambaran filem Esok Untuk Siapa.

Kemunculan yang kecil itu terus membawa M. Rajoli sebagai pelakon. Filem-filem lain lakonannya ialah Mekanik, Mat1nya Seorang Patriot, Anak Sulung Tujuh Keturunan, Pagar-Pagar Cinta, Diva Popular dan Cicakman.

Sementara drama lakonannya yang banyak diperkatakan ialah Rabun arahan Yasmin Ahmad.

Advertisement

Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.

Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi.

Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Biarlah diingati sebagai lelaki hidung belang dalam filem dan drama. Biarlah juga dikecam kerana menjadi pemabvk dalam filem asalkan orang tidak akan menemui beliau mabvk di luar filem.

Filem adalah realiti yang ditafsirkan tetapi kehidupan di luar filem adalah realiti yang mesti dijaga.

Advertisement

Kita tidak mempunyai banyak pelakon yang berwibawa. Yang banyak adalah pembaca skrip. Kepulangan M. Rajoli mengurangkan seorang pelakon kita yang berwibawa walau sekecil mana sekalipun wataknya, watak itu hidup di ingatan penonton.

Misalnya watak tukang kebun tua dalam drama Tanah Kubur yang kecil melayakkan M. Rajoli dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.

” Allahyrham seorang yang suka buat lawak tetapi pelakon-pelakon lain sangat hormat kerana dalam lawak Allahyrham selalu selitkan pesan dan nasihat,” kata Zulkifli Ismail yang beberapa kali berlakon dengan M. Rajoli.

Imam Besar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur, baca talkin untuk P. Ramlee

Liku hidup yang penuh warna-warni itu menjadikan M. Rajoli sentiasa sedar. Kerana sedar, sepanjang menjadi selebriti yang sentiasa disinari kemilau M. Rajoli tidak pernah tersasar.

Advertisement

M.Rajoli juga seorang Imam Besar Masjid Kampung Baru, dan ramai nak mengetahui, yang mengetuai bacaan talkin semasa pengebvmian Allahyrham Tan Sri P.Ramlee pada 29 Mei 1973 adalah M.Rajoli sendiri.

Gambar: M Rajoli

Dalam lakonannya, M. Rajoli sering tampil dengan watak komedi, khalayak selalu terhibur dan tidak kering gusi melayan lakonnya. Tetapi siapa tahu, realiti hidupnya tidak seperti keriangan yang terpancar dan dilihat orang.

Tidak menyangka skit kepala itu bukan skit biasa, pada 2008 peminat M.Rajoli terkejut yang beliau telah jtuh skit dengan srius, selepas diperiksa pihak hopital M.Rajoli menghdap pnykit Lymphoma ataupun Klenjar Knser Otak.

Akiibat daripada itu, beliau lumpvh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung pada isteri-isterinya.

Advertisement

Menurut isteri keduanya, Hajah Wan Chik Daud, M.Rajoli (Wan Chik mninggI dnia pada September 2020) semakin sihat pada awal tahun 2008, kerana setiap hari menjalani terapi dan bergerak dengan bantuan kerusi roda yang dijaga rapi isteri pertama Hashimah Md Din di kediaman AU2 Keramat Kuala Lumpur.

Ketika itu beberapa exco Seniman turut berpeluang menziarah pelakon tersebut.

Susuk tubuhnya semakin kurus, beliau juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah beliau hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah dikejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din.

Mahu mengajar mengaji, pesan supaya anak bongsu jadi pengganti kalau tak sempat

Beliau memang ada merancang, jika sembuh beliau nak jadi imam semula dan mengajar mengaji.

Advertisement

Malah turut berpesan sekiranya tidak sempat, beliau mahu anak bongsunya Muhammad Arif sahaja yang menjadi penyambung hasratnya itu.

Selepas setahun lebih hanya bergerak di atas kerusi roda dan terbaring atas katil, akhirnya pada pukul 10.45 malam 17 September 2010 menghembvskan nfas terakhir di Hospital Ampang selepas dimasukkan ke hspital.

Dalam mengenang kepulangan M. Rajoli, sebenarnya banyak yang boleh dipetik sebagai teladan.

Sunggupun dalam kesibukan memenuhi tawaran berlakon dan undangan aktiviti seni, beliau yang berjiwa warak ini tidak pernah meninggalkan suruhan agama.

Beliau sentiasa berpuasa sunat selama tiga bulan sebelum menyambut ketibaan Ramadan dan aktif memberikan kuliah subuh.

Advertisement

Selain itu pernah menunaikan ibadah haji, beliau turut berpengalaman mengiringi jemaah haji di Malaysia untuk menunaikan haji menaiki kapal laut.

Sumber:wikipedia, mstar dan satkoba.bbn

Continue Reading
Advertisement

Terkini

Kagum lihat semangat Sarah baru selesai urusan, Reaksi lra pula jadi perhatian

Published

on

By

Puteri Sarah Liyana menjadi bukti bahawa hati seorang isteri tidak boleh dipermainkan seperti boneka. Mereka sanggup berjuang habis-habisan untuk memperbetulkan masalah rumah tangga meskipun ia berat.

Namun jika hati sudah tawar dan penat, usah ditanya mengapa jika mereka enggan menoleh ke belakang lagi. Hari ini Sarah bersedia sebab ada adik-adik teman.

Setelah melalui perbincangan serius dengan semua pihak, hari ini Puteri Sarah dengan penuh bersemangat melangkah masuk ke perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

 

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

Ditemani dua orang adiknya sebagai penguat semangat, lebih 30 orang team media juga dilihat mengerumuni lokasi terbabit bagi melakukan liputan sehingga perbicaraan tamat hari ini. Dah fikir masak-masak, tiada peluang kedua buat Syamsul.

 

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ira Kazar kunci mulut sampai hari ini. Hingga kini, Ira Kazar dilihat masih mengunci mulut meskipun namanya menjadi bualan hangat 1 Malaysia sejak 2 minggu lalu termasuklah tidak direstui kedua-dua mentuanya. Tidak rela dimadukan dengan cara sebegini menjadi punca Sarah nekad mahu membawa haluan sendiri.

Nekad ingin memfailkan perceraian Isnin ini, kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar seperti tiada akhirnya selepas ada pihak yang mendakwa pelakon jelita itu anti poligami.

Menyedari perkara itu, Sarah tampil memberi respons dan menepis dakwaan tersebut gara-gara mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dirinya tidak rela dimadukan tempoh hari yang lalu.

Advertisement

Menurut Sarah, keputusan yang dibuatnya itu dianggap sebagai petunjuk dari Allah atas doa yang dimintanya ketika menunaikan ibadah umrah di Mekkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami. Mereka kata Sarah tak nak ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar. Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah juga mengakui dirinya sudah reda dengan segala ujian yang sedang dilaluinya kini biarpun ada yang mempertikaikannya.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah.

Advertisement

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda. Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan berani mati bahawa dirinya sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, selepas empat tahun mendiamkan diri.

Sumber : erinsakura dan kosmo

Continue Reading

Terkini

‘Peny0ndol mana ada yang cantik lagi2..’ Ayat Pedas Rita bagi tip Suami cari isteri baru

Published

on

By

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Rita Rudaini di Insta Story menjadi perhatian memuat naik status berbaur sindiran buat wanita perampas suami orang.

Rita berkata jika si suami mahu upgrade atau mencari isteri baru biarlah yang lebih cantik dan hebat. Rita turut menyindir karakter si penyondol tidak cantik dan low class.

“Penyondol punya karakter mana ada cantik-cantik. Low class, level2 bohsia hondacup. Keturunan nanti pun tak menjadi sebab acuan hondacup,” tulisnya. Kata Rita lagi, jika golongan penyondol memiliki rupa paras yang cantik atau hot, sudah pasti tidak akan merampas suami orang.

Dalam pada itu, Rita berkata lelaki yang baik kerana ada wanita baik disisinya, namun lelaki itu akan berkelakuan seperti babi jika disisinya seorang babi penyondol.

“Tetapi kalau di sisinya ialah seorang babi penyondol, maka lelaki itu pun akan berkelakuan macam babi seperti babi betina di sisinya,” tulisnya.

Advertisement

Terdahulu, Rita meluahkan rasa hairan dengan sijap segelintir netizen yang kurang senang dengan perkongsian dan pendedahan dibuat pelakon Puteri Sarah mengenai konflik rumah tangganya.

Menurut Rita, penderitaan dihadapi Puteri Sarah hampir sama dengannya namun mempunyai keluarga mentua yang sangat baik yang sentiasa berada dibelakang.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini berkongsi momen menghantar anaknya pulang ke sekolah berasmara ekoran sesi persekolahan telah bermula hari ini selepas bercuti panjang.

Menerusi video yang dikongsi Rita, rata-rata ibu bapa berasa sayu untuk berpisah dengan anak begitu juga Rita dengan meniggalkan kapsyen yang menyentuh hati.

“Sunyi lah mommy and adik malam ini,” tulis Rita ringkas. Malah, warganet turut berasa sedih melihat anak-beranak tersebut saling berpelukan dan melambai.

Advertisement

Tidak semena, ada individu meninggalkan komen dengan mempersoal apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu tonton video tersebut.

Tanpa dijangka, Rita membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana telah menyekat (block) kerana risau jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai matl di kejar bayang-bayang,” balasnya kepada individu itu.

Namun begitu, rata-rata warganet memuji semangat Rita membesarkan anak-anaknya bersendirian tanpa seorang suami.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk Rita dan anak-anaknya itu. Sekadar info, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008, namun telah bercerai pada tahun 2013.

Advertisement

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

Advertisement

Sumber : rotikaya

Continue Reading

Terkini

‘Ayah Mereka Telah Dir4mpas..’ lra disumpah Ibu mertua, Ini terjadi Slepas pertemuan Dengan lra

Published

on

By

Masalah rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum berakhir dan pasangan ini juga dilihat saling berbalas kenyataan di akaun media sosial masing-masing.

Media melaporkan Puteri Sarah akan memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof pada hari Isnin dan susulan daripada itu, penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantunya itu untuk menimbangkan semula keputusan tersebut.

‘Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu’ Terbaharu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga anak lelakinya bersama menantu kesayangannya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Datin Fatimah berkongsi gambar dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen padu yang ditulis olehnya.

Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidup mereka.

Advertisement

Terdahulu, Datin Fatimah memaklumkan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof bersama Ira Kazar. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Adik kepada sutradara Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof, 31, mendedahkan yang dia masih lagi belum bertemu dengan isteri abangnya itu, Ira Kazar. Syafiq menjelaskan, dia juga tidak pasti jika ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah bertemu dengan Ira atau belum.

“Saya tak ada junnpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.

“Bagaimanapun saya faham, kami datang daripada keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian. “Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam Internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya.

Syafiq ditemui selepas majlis pelancaran dan prebiu drama bersiri arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di ibu kota sebentar tadi.

Advertisement

Dalam masa sama, Syafiq memberitahu yang dia tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya memandangkan mereka tidak duduk serumah dan jarang berjumpa.

“Kali terakhir kami jumpa adalah pada hari raya tahun lepas sebab musing-musing sibuk. Tapi, kami banyak bual tentang filem dan projek baharu.

“Bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah tidak saya dedahkan,” katanya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Advertisement

Sumber : ohbula

Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY