Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan yang dia kini sedang mencari pembantu rumah yang baharu kerana pembantu rumah sedia ada telah melarikan diri.
Menerusi kemas kini di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, buat masa ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah dan secara tidak Iangsung menyukarkannya untuk keluar pergi bekerja.
“Saya mencari pembantu rumah asal Filipina sebab pembantu saya lari. Dah lama tinggal satu pembantu sahaja. Sekarang tiada pembantu langsung.
“Ada sesiapa mempunyai contact untuk pembantu Filipina? Saya shooting dengan tiada orang jaga anak-anak lagi. Puteri Sarah ada dua pembantu?” tulisnya.
Tidak berapa lama kemudian, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memuat naik satu lagi status, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi berkongsi nombor agensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pembantu rumah.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong kongsi nombor ejen bagi pembantu rumah. Saya dah hubungi beberapa. Memang tiada siapa nak tengokkan anak-anak sekarang.
“Saya pula shooting. Kesian dekat mak saya yang nak kena jaga anak-anak. Kadang-kadang bergilir dengan mak mentua saya tolong jagakan. “Rasa bersalah, memang susah nak dapat pembantu baharu sekarang,” tutupnya.
Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah kembali menyorot perhatian netizen apabila Syamsul mendedahkan yang dia telah pun bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini, menjadikan Puteri Sarah kini bermadu dengan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi itu.
Terdahulu, Syamsul memohon ruang untuk menyelesaikan masalah dan memerlukan masa untuk mendamaikan hubungan satu-persatu.
Menerusi laporan Harian Metro juga, Syamsul menitipkan pesanan kepada Puteri Sarah untuk mempercayai dirinya dan memuji keperibadiannya sebagai ibu yang baik kepada dua pasang anak.
“Kepada isteri pertama, Puteri Sarah, saya tahu awak terluka tetapi percayalah saya sebagai suami akan cuba yang terbaik. We can work this out.
“Puteri Sarah adalah seorang ibu yang luar biasa untuk anak-anak dan itu memang tidak boleh dipertikaikan. Kita akan berbincang sesama kita nanti secara tertutup, bukan menerusi hantaran-hantaran di media sosial.
“Saya tahu ini bukan perkara mudah dan bukan perkara kecil tetapi saya mahu mencuba. Berilah peluang untuk saya mencuba,” katanya lagi.
Syamsul turut mengucapkan terima kasih kepada isteri keduanya, Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, kerana memahami keadaannya.
“Kepada isteri kedua Ira, saya faham barangkali Ira mahukan perkahwinan yang lebih lancar dan tidak perlu ke Thailand agaknya, tetapi Alhamdullilah kerana Ira memahami keadaan suami.
“Bersabarlah dengan segala-gala ujian yang dilalui sekarang ini. Hormatilah ibu bapa serta ibu dan bapa mentua walau dengan pelbagai ujian mendatang,” katanya lagi.
Sumber : Gempak