Takziah buat keluarga, Ibu Chef Wan ‘Pergi’ dalam tidur

Ibu kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan iaitu Che Ani meninggal dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi.

“Dengan penuh kesedihan, ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagle pada jam 6.20 pagi tadi.

“Semoga rohnya tenang, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” tulisnya.

Chef Wan memaklumkan, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi, Cyber 10, Cyberjaya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Al Fatihah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian untuk ibu saya. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot akibat penyakit kanser.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Allahyarham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimentia.

Sebelum ini, cef selebriti popular, Chef Wan mendedahkan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa Cik Ani dalam keadaan tenat dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Bukan itu sahaja, difahamkan Chef Wan dan beberapa ahli keluarga yang lain tidak terlepas dalam membacakan ayat suci Al-Quran buat ibunya semalam ketika insan tersayangnya itu dalam keadaan nazak.

 

Pun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chef Wan di laman Instagramnya, dia reda jika Allah menjemput insan tersayangnya itu di malam Jumaat ini jika sudah tiba masanya.

Jelasnya, dia tidak sanggup untuk melihat syurganya itu menanggung ‘sengsara’ dalam jangka masa yang panjang dan berharap ibunya pergi dalam keadaan tenang.

“Ya Allah, dimalam jumaat ini kami berdoa sekiranya sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu saya dalam keadaan tenang. Saya tak boleh lihat ibu merana dalam jangka masa yang panjang. Ia sangat menyakitkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu,Chef Wan mendedahkan doktor yang sedang merawat ibunya memaklumkan insan tersayangnya sudah tidak memberi sebarang maklum balas.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Difahamkan, dia juga enggan untuk meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu syurganya pergi dalam keadaan tenang. Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsi keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh cef selebriti itu sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Terdahulu, Chef Wan telah berkongsi ibunya menghidap menyaklt k4nser, dimensia dan alzheimer, bahkan dia sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan khidmat jururawat terlatih untuk menjaganya.

 

Menurut Chef Wan, dia telah berjaya mendapatkan bilik yang pernah didudukinya ketika menjalani pembedahan lutut sebelum ini buat ibunya demi mendapatkan momen peribadi bersama.

“Alhamdulilah akhirnya saya berjaya mendapatkan bilik suite untuk ibu saya yang saya telah berada dalam 10 hari terakhir untuk prosedur lutut saya.

“Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi kami dengan ibu pada hari terakhirnya,” tulisnya.

Malah, Chef Wan juga sempat berkongsi kondisi terkini ibunya yang lebih mesra disapa sebagai Che Ani berdasarkan keputusan dan pemerhatian yang dijalankan oleh pakar yang merawat, Dr. Nick.

Menurut Dr Nick, Che Ani tidak memberikan sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan keliru disebabkan kegagalan fungsi hati.

“Terdahulu, Dr Nick unit penjagaan Paliatif datang berjumpa saya pada jam 3 petang. Dia berkata, mulai pagi tadi keputusan dan pemerhatian dia tidak bertindak balas dan berada dalam keadaan keliru, ditambah dengan kandungan sodium dan kalsium yang tinggi semuanya menunjukkan bahawa badan sedang ‘shutting down’.

“Mulai sekarang saya rasa dia ada masa beberapa hari sahaja lagi dan kami akan mula menguruskan kesakitannya. Dia akan tidur melaluinya sehingga ke penghujungnya.

 

“Masa akan menentukan. Kami akan buat dia selesa untuk perjalanan terakhirnya. Perkara yang baik ialah saya perasan dia tidak kesakitan dan kelihatan sangat tenang dari pernafasannya.

“Bagaimanapun kegagalan hati oleh pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otaknya berada dalam keadaan keliru dan hilang. Kami akan memulakan pengurusan sakit paliatif secepat mungkin,” jelasnya.

Dalam perkongsian tersebut, Chef Wan juga menyatakan dia reda untuk menerima segala kemungkinan, bahkan Dr Nick turut memuji sikapnya yang tenang dan positif sepanjang menjaga ibunya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Bercakap dengan awak saya lihat awak sangat tenang dan positif. Saya dapat merasakan awak telah melakukan kerja yang baik menjaga ibu anda.

“Awak akan dapat menangani semua ini dengan baik tidak kira betapa hancurnya hati awak. Percayalah, Tuhan ada untuk membantu awak mengurangkan kesakitan.

Sumber : oh my media