Meraikan ulangtahun perkahwinan kesembilan, dramatis terkenal Rozita Che Wan menyifatkan suaminya, Zain Saidin sebagai lelaki yang penyabar.
Malah, kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, Zain tidak pernah mengongkong pergerakannya atau mengarahkannya untuk melakukan kerja rumah.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar peneman untuk uji kesabaran kita.
“Kalau sabar kekallah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar itu yang porak peranda.
“Alhamdulillah sembilan tahun ini Allah hantar yang balk-balk saja.
“Zain tak pernah suruh saya kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami,” coretnya dalam hantaran khas di Instagram.
Bagaimanapun, dedah Che Ta, Zain seorang suami dan bapa yang sangat mementingkan didikan agama Islam dalam keluarganya. “Satu benda dia ulang setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat salih celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.
“Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha je. Iyalah kita pula feeling macam kahwin dengan mat salih, tapi terus slowly tutup aurat. Alhamdulillah. “Ada sebab Allah hantar peneman hidup kita, tak kaya, tapi bahagia,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rozita turut menasihati golongan wanita agar tidak berputus asa dalam urusan jodoh dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Tempoh 12 tahun berkawan baik, Rozita Che Wan cukup tersentuh dengan keikhlasan hati pengasas produk kosmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun Disember depan.
Bagaimanapun, wanita yang lebih mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sebenarnya tidak terkejut dengan pemberian berkenaan kerana menyifatkan Anas sebagai seorang yang sangat pemurah.
Sambutan itu berlangsung lebih awal pada 14 Jun lalu di Glamhall Damansara mengetengahkan busana tema Melayu Tradisional rekaan Man Kajang.
“Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun ulang tahun perkahwinan saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejut pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas jenis tidak berkira.
“Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tidak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM100.
“Majlis ni pun dirancang dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat launching inai Mazaville yang saya dan Anas usahakan. Tapi dia kata sudah alang-alang, apa salahnya bersanding lagi terus. Kita pun suka,” katanya.
Sumber : Gempak