Connect with us

Uncategorised

“Hantaran 1 Juta” Ini Senarai Perkahwinan Selebriti Paling MeletOp Sepanjang Zaman Di Malaysia

Published

on

Rasanya kalau bercerita mengenai majlis perkahwinan pasti ramai yang teruja Iebih-lebih lagi ianya seakan menjadi topik harian di kalangan rakyat Malaysia. Tambah-tambah sekiranya perkahwinan itu melibatkan pasangan dari golongan ternama seperti artis, ahli sukan, tokoh politik dan kerabat diraja.

Di Malaysia, perkahwinan artis atau selebriti adalah sesuatu yang menjadi ‘cakap-cakap’ umum seperti Apakah konsep perkahwinan tersebut? Berapakah nilai hantarannya? Cantik atau tidak persalinan pasangan pengantin itu? Segalanya akan diperbincangkan. Namun ianya bergantung kepada kemeriahan sesebuah majis perkahwinan sehingga ianya boleh dilabelkan sebagai ‘Wedding Of The Year’. Di bawah ini, telah menyenaraikan lima pilihan perkahwinan selebriti paling sensasi di Malaysia. Jom kita soroti sekarang:

Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Tinggi Mauzin Hamzah Dan Pengiran Sufri (11 Disember 1987) Jika anda masih ingat penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M iaitu Mauzin ( mazuin) Hamzah yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan wang hantaran bernilai satu juta ringgit.

Apa yang menarik Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja paling kaya di dunia. Walau bagaimanapun selepas 17 tahun berkahwin akhinrya mereka mengambil keputusan bercer4i.

Perkahwinan Diserbu Ramai Tanpa Undangan Ziana Zain dan Armin Zaharin (2 Mei 1998) Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai.

Advertisement

Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya yang juga seorang kakitangan MAS telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang!

Dek kerana perkahwinan Ziana Zain, Fauziah atau Ogy Dato Ahmad Daud yang ketika itu adalah pengacara Melodi telah disam4n Azwan Ali kerana mendakwa Azwan kononnya makan hati kerana penyanyi kegemarannya itu sudah berkahwin.

Perkahwinan Duda Paling Laku Di Malaysia Datuk M. Nasir Dan Marlia Musa (31 Ogos 2000) Siapa yang tidak terpesona dengan karisma yang dimiliki penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir.

Selepas pemergian isterinya, Allahyarh4mah Junainah Johari, rasanya ramai wanita yang cuba mendampingi vokalis kumpulan Kembara ini. Namun pada tahun 2000, dunia hiburan dikejutkan dengan berita M. Nasir bakal bernikah dengan pelakon Marlia Musa yang diakui merupakan cinta pertamanya.

Perkahwinan mereka bagaimanapun turut mencetuskan kontrOversi kerana ibu Marlia Musa dilaporkan tidak berkenan M Nasir menjadi menantunya. Bagaimanapun perkahwinan mereka tetap berlangsung dan diserikan dengan mas kahwin berupa tiga betas keping wang dinar bernilai RM2,000.

Advertisement

Perkahwinan Wedding Of The Year Yang Ditaja Paling Singkat Erra Fazira dan Yusry KRU (15 Mac 2003) Ramai yang melabelkan meraka sebagai pasangan yang ideal dek kecantikan semulajadi yang Erra Fazira serta ketampanan yang dimiliki Yusry KRU.

Sebaik saja kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ramai pihak yang mahu menaja perkahwinan Erra dan Yusry. Malah sewaktu di hari persandingan mereka yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, ianya telah dihadiri hampir 10,000 peminat dan diumumkan sebagai ‘Wedding of the Year 2003′.

Menarik mengenai perkahwinan Erra dan Yusry adalah mereka menggunakan tarikh unik seperti hari pernikahan 15-3-2003, wang hantaran bernilai RM33,333.33. Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Perkahwinan Yang Paling Dinanti-nantikan Ramai Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21 Ogos 2006) Siapa tidak suka dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato, Siti dengan Datuk K di media hiburan tempatan, akhirnya Siti membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut. Sidang media tersebut diadakan selepas sehari Dato’K menyelesaikan kes cer4i dan pembahagian harta di mahk4mah dengan bekas isterinya. Maka ramai kaum adam yang ‘makan hati’ dan kecewa dengan pilihan Siti Nurhaliza.

Advertisement

Pertunangan mereka berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis perkahwinan mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta di Malaysia dan Indonesia. Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Advertisement

Uncategorised

4tahun ada masaIah Pandai Sarah sorok dari Anak2. Ini pula jadi bila ‘call’ Syamsul

Published

on

By

Syamsul Yusof mengambil langkah berdiam diri dan gagal dihubungi bagi mendapatkan komennya berhubung tindakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang memfailkan perceraian, hari ini.

Cubaan Harian Metro menghubungi Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, menjelaskan masih belum memaklumkan kepada dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3, berhubung bakal berpisah dengan bapa mereka, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, dia masih belum memutuskan menjelaskan perkara itu kerana Syaikhul dan Summayah masih kecil serta belum memahami situasi sebenar.

“Anak-anak masih kecil dan rasanya mereka belum memahami apa yang terjadi. “Mereka baik-baik sahaja dan kini, dalam jagaan keluarga dan mentua,” katanya kepada pemberita sejurus selesai memfailkan

Advertisement

perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.

Terdahulu, Puteri Sarah nekad mengambil jalan perpisahan untuk perhubungan mereka selepas sudah berfikir masak-masaknya dalam jangka masa lama sejak empat tahun lalu sehingga akhirnya menutup peluang kedua untuk Syamsul.

Advertisement

Apapun, keputusan untuk berpisah ini semestinya sudah diketahui Syamsul kerana ia terlebih dulu dimuat naik Puteri Sarah di Instagram minggu lalu sebelum memfailkannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro berkata, dia berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dan keluarganya.

Sumber : HMetro

Continue Reading

Uncategorised

“Ya betul..Akan Bercerai..”- Lama Berdiam Diri, Akhirnya Ini Tindakan Ayah Mertua Syamsul Yusof

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.

“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

Video di bawah sekali..

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

Advertisement

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Advertisement

Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

“Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini,” katanya kepada portal Utusan.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Advertisement

 

Continue Reading

Uncategorised

“I love You Kazar”-Gadis Ini Mahu Jadi Ibu Tiri Ira Kazar, Rupanya Ini Pekerjaan Dia

Published

on

By

Nama isteri kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi bualan netizen di media sosial setelah dikatakan telah melangsungkan perkahwinan bersama Syamsul di Thailand berwalikan bapanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon veteran.

Mahu Jadi Ibu Tiri Ira Kazar?

Terkini, seorang influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video di TikTok yang memaparkan dirinya sedang memegang cincin bersama foto Kazar serta mengenakan dres sequin labuh berwarna nude.

“I love You Kazar .”-Kapsyen Puteri Sari di TikTok

“Dia Nganjing Stoking Ira Kazar Ke Tu”

Advertisement

 

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka berhubung video Puteri Sari, malah ada yang turut menitipkan sokongan buat influencer ini untuk menjadi isteri kedua Kazar Saisi.

“Dia nganjing stoking Ira Kazar ke tu hahaha.”

“Banyak-banyak konten dia buat, ni first time aku sokong HAHAHA.”

“Cantk macam ni takkan Kazar nak tolak .”

Advertisement

“Okay kalini aku sokong dia HAHAHA.”

“Dah jadi mak tiri Ira jangan lupa kaw-kaw buli.”

“Kuat nganjing hahaha.”

Sekadar info, Syamsul Yusof telah membuat pengumuman di Instagram bahawa dia baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand. Pernikahan tersebut turut berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon veteran.

Biodata Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar Yang Dikaitkan Dengan Isu Kahwin Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana

Advertisement

Siapa Kazar Saisi? Kazaruddin Saisi atau lebih dikenali sebagai Kazar merupakan seorang selebriti Malaysia yang pernah meledak dengan single hit berjudul Memburu Impian yang menjadi lagu tema dalam filem Gila-Gila Remaja.

Selain menyanyi, anak jati Kampung Jeram, Perak ini turut mencipta nama sebagai seorang pelakon.

Biodata

Nama penuh: Kazaruddin bin Saisi

Nama komersial: Kazar, Kazar Saisi

Advertisement

Umur: 64 tahun (2023)

Tarikh lahir: 28 April 1959

Tempat lahir / Asal: Kampung Jeram, Perak

Keluarga: Lapan orang adik beradik

Kerjaya: Pelakon, Penyanyi

Advertisement

Instagram (IG): @kazar35

Latar Belakang

1. Anak kepada pasangan Arwah Saisi (bapa), bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bidor dan Arwah Halimah Hj Mohd Hassan (ibu).

2. Adik beradik Kazar terdiri daripada, Sabariah, Sabaruddin (arwah), Salihuddin, Azammuddin, Norhayati, Nordin dan Kamarulzaman.

3. Muncul dalam beberapa siri televisyen, telefilem dan filem. Antara drama dan telefilem popular yang dilakonkannya ialah Chempiang, Tentang Bulan the Series, Abang Bomba I Love You, Adam Chempaka, Kampong Pisang Bersiri-siri, 7 Hari Mencintaiku 3, Sutun, Momok 3 dan Rock Sangkut, selain turut berlakon di skrin besar dalam filem 9 September, Jangan Tegur, 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Abang Long Fadil 3 dan banyak lagi.

Advertisement

4. Menghasilkan album studio berjudul Ani pada 1984 dan Kerana Urusan (1985). Antara lagunya yang menjadi siulan orang ramai ialah yang berjudul Kali Pertama Kasih Ku Bersemi, Memburu Impian, Tiap Waktu Terluang, Tidak Kesampaian, Bunga Kasih dan Tunangku Kekasih Orang.

Fakta Menarik

1. Namanya diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan tanah air pada tahun 1984.

2. Profil kejayaan yang diraihnya termasuklah pernah dianugerahkan gelaran Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV pada Anugerah Lawak Warna 2014 dan Anugerah Sri Angkasa 2016.

3. Pengikutnya melebihi 511,000 di media sosial, Instagram (IG).

Advertisement

4. Beliau berkahwin dengan pasangannya, Rashidah Latiff dan dikurniakan lima orang anak — Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini Kazaruddin (Ira Kazar) dan Adam Amirul Latiff.

kredit: murai.com,  https://iluminasi.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Advertisement

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY