Emma Maembong Akhirnya Tayang Wajah Penuh Anak Kedua Buat Ramai Doakan

Kuala Lumpur – Terdahulu pelakon Emma Maembong telah bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan anak keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram Emma dengan memuat naik sebuah video pendek bersama bayi lelakinya itu.

Warganet yang teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga pelakon itu menitipkan ucapan tahniah.

Ramai Mendoakan

Pelakon Emma Maembong tampil berkongsi foto comel anak keduanya, Shakil Aryan Shah di Instagram.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Emma menerusi akaun Instagram milik anaknya itu yang baru sahaja didedahkan pada umum, semalam.

Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini Emma pernah berkongsi suaminya mahukan empat cahaya mata lelaki semasa acara gender reveal bayinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

My pregnancy this time lain dari my first. Ramai ingat girl. Actually saya pun ingat girl but alhamdullilah another boy . Shariq ada geng pecah barang rumah.

“Suami memang harapkan another boy. Dia kata nak empat boy,” titip Emma.

Sumber: onlinemalaya