Hafiz Mahamad Membalas Jasa Guru Sempena Hari Guru Semalaysia Buat Ramai Terharu

Peranan seorang guru adalah mendidik dan membentuk kualiti murid dari segala segi untuk menjadi insan yang berguna. Jasa guru itu tidaklah mampu dibalas jika dibandingkan pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Bersempena dengan hari guru, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad tampil memberi kejutan kepada bekas gurunya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hafiz memuat naik video dirinya kembali ke sekolah. Difahamkan, Hafiz tidak pernah datang ke sekolahnya itu setelah habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hafiz yang dihubungi gurunya itu bertindak mengosongkan jadual lalu bertemu kembali dengan individu yang pernah mengajar dirinya dahulu.

Malu saya cikgu, saya nakal dulu. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dulu. Moga hari ini, budak nakal yang datang ni dapat buat cikgu happy.

Hari ini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami.

Dalam pada itu, Hafiz, 30, turut memberi hadiah tiket menunaikan Umrah sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda.

Kata Hafiz lagi, kehadirannya ke sekolah itu hanya untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk menghargai jasa insan yang memberi ilmu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sumber: OhhBulan