Category: Eden Hazard

  • Hazard patah pergelangan kaki

    MADRID: Penyerang Real Madrid bernilai 100 juta euro (RM462.72 juta), Eden Hazard tampak semakin pasti disisihkan bagi perlawanan penting menentang pendahulu La Liga, Barcelona 19 Disember ini selepas patah pergelangan kaki. Penyerang Belgium itu cedera pergelangan kaki kanannya ketika terikat 2-2 di laman sendiri menentang Paris St Germain dalam aksi Liga Juara-Juara selepas bertembung dengan rakan sepasukan kebangsaannya, Thomas Meunier… Continue reading "Hazard patah pergelangan kaki"

  • Kecederaan Hazard tak serius

    MADRID: Kecederaan buku lali Eden Hazard tidak seteruk seperti yang dibimbangkan dengan Real Madrid mengesahkan pemain itu hanya mengalami ‘lebam’ ketika pertemuan dengan Paris Saint-Germain (PSG), semalam. Hazard terpaksa diketepikan pada babak kedua yang menyaksikan Real terikat 2-2 dengan PSG di Santiago Bernabeu dengan pengendali Real, Zinedine Zidane berkata pemain kelahiran Belgium itu mengalami masalah di bahagian buku lali. Begitupun,… Continue reading "Kecederaan Hazard tak serius"

  • [Video] Eden Hazard bertemu penyokong Real Madrid secara rasmi

    EDEN Hazard disahkan menyertai kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dipercayai melebihi 150 juta pound (RM793 juta). Perpindahan pemain antarabangsa Belgium itu ke Galacticos membabitkan kontrak lima tahun dan ketika ini Hazard hanya perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum boleh beraksi di Liga Sepanyol. Sepanjang tujuh musim bersama Chelsea, Hazard telah menjaringkan 110 gol dengan 352 penampilan. Hazard… Continue reading "[Video] Eden Hazard bertemu penyokong Real Madrid secara rasmi"

  • Real setuju perjanjian dapatkan Hazard

    LONDON: Real Madrid bersetuju dengan perjanjian mega untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Eden Hazard dengan nilai mencecah sehingga 130 juta euro (RM609 juta), menurut laporan media Britain. Hazard menjadi buruan utama Real dalam usaha gergasi Sepanyol itu bangkit daripada musim yang hambar dengan bintang Belgium itu dijangka akan melengkapkan perpindahannya ke Bernabeu dalam tempoh beberapa hari lagi. Akhbar Daily Telegraph… Continue reading "Real setuju perjanjian dapatkan Hazard"

  • RM610 juta nilai Hazard

    LONDON 29 Mei – Chelsea dilaporkan bersetuju untuk menjual Eden Hazard kepada Real Madrid dengan nilai 115 juta pound (RM61O juta) menjadikan bintang Belgium itu memperoleh 400,000 pound (RM2.1 juta) seminggu. Khabar angin mengenai Hazard menyertai kelab gergasi Sepanyol itu bukan perkara baharu dan difahamkan pada hujung musim ini dia sudah bersedia untuk membuat keputusan terhadap masa depannya. Hazard berada… Continue reading "RM610 juta nilai Hazard"

  • Real Madrid yakin dapat Hazard

    LONDON 14 Mei – Real Madrid berkeyakinan tinggi bahawa Eden Hazard akan menandatangani kontrak untuk menyertai mereka sebelum bermula pra-musim. Bintang Chelsea itu mempunyai baki kontrak selama setahun dan dikaitkan untuk menyertai Real Madrid. Menurut laporan akhbar Perancis, L’Equipe mendakwa kelab tersebut sudah pun mencapai persetujuan untuk membayar 87 juta pound (RM47O juta). Difahamkan Hazard akan menurunkan tanda tangannya beberapa… Continue reading "Real Madrid yakin dapat Hazard"

  • Harga Hazard setanding Ronaldo

    LONDON: Chelsea mahu sekurang-kurangnya 98.5 juta pound (RM532.8 juta) untuk Eden Hazard selepas menolak tawaran awal Real Madrid untuk penyerang itu. Real membuat tawaran untuk Hazard minggu ini, tetapi ditolak Chelsea yang mahu menjual pemain Belgium itu pada harga tertinggi kelab. Hazard mahu menyertai Real dan melihat situasi berkenaan daripada sudut positif, kerana dia percaya kelab gergasi Sepanyol itu akan… Continue reading "Harga Hazard setanding Ronaldo"

  • Real Madrid sedia tawar kontrak RM380 juta kepada Eden Hazard

    LONDON 16 Mac – Real Madrid bersedia untuk menawarkan kontrak bernilai 70 juta pound (RM380 juta) kepada Eden Hazard dalam usaha mereka untuk menarik bintang Belgium itu ke Bernabeu. Chelsea hampir pasti menolak bidaan pertama Real itu kerana mereka mahukan sekurang-kurangnya 100 juta pound (RM542 juta). Menurut media British, The Sun, wakil Real telah melawat London dan memulakan perbincangan bagi… Continue reading "Real Madrid sedia tawar kontrak RM380 juta kepada Eden Hazard"

  • Hazard tidak akan sertai Real Madrid

    LONDON 16 Feb. – Eden Hazard sebelum ini dilaporkan hampir pasti meninggalkan Chelsea untuk menyertai Real Madrid pada musim panas ini namun pemain Belgium itu dilihat akan terus kekal di Stamford Bridge. Menurut satu laporan baharu, Chelsea tidak berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan Rel Madrid meskipun kedua-dua pasukan itu sudah hampir untuk melengkapkan urus niaga terhadap pemain itu. Real… Continue reading "Hazard tidak akan sertai Real Madrid"

  • Hazard tinggalkan Chelsea hujung musim?

    LONDON 26 Nov. – Bintang Chelsea, Eden Hazard tidak menolak kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini. Hazard yang sudah tujuh musim di Stamford Bridge, se­ring dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi La Liga, Real Mad­rid. Bintang Belgium itu yang memiliki kontrak sehingga 2020 berkata, dia mungkin berhijrah pada penghujung musim, tetapi ada kemungkinan akan kekal di Chelsea.… Continue reading "Hazard tinggalkan Chelsea hujung musim?"