Category: Juventus

  • Ronaldo teruja tandukan ‘gaya NBA’ hadiahkan Juventus kemenangan

    Cristiano Ronaldo menambahkan senarai aksi sensasi dalam karier menerusi gaya ala NBA menerusi tandukan yang membantu Juventus menewaskan Sampdoria dalam aksi Serie A, awal pagi tadi. Skuad kendalian Maurizio Sarri, Juve, mencipta kemenangan 2-1 di Stadium Luigi Ferraris di Genoa tatkala Ronaldo meledakkan gol kemenangan sebelum rehat. Dia mempamerkan ketinggian lompatan yang memukau — sehingga disifatkan sebagai gaya pemain NBA… Continue reading "Ronaldo teruja tandukan ‘gaya NBA’ hadiahkan Juventus kemenangan"

  • Sarri sertai Juventus

    LONDON – Maurizio Sarri telah meninggalkan Chelsea untuk menerima tawaran menjadi pengurus juara Serie A, Juventus dengan perjanjian selama tiga tahun. Sarri yang menyertai Chelsea dari Napoli pada Julai 2018 telah membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu memenangi Liga Europa semasa satu musim bersama Blues. Difahamkan bayaran pampasan Sarri bernilai 5 juta pounds (RM26.19 juta) telah dipersetujui kedua-dua kelab berkenaan.… Continue reading "Sarri sertai Juventus"

  • Ronaldo mahu Mourinho kendalikan Juventus

    LONDON 21 Mei – Bintang Portugal Cristiano Ronaldo menggesa ahli lembaga Juventus untuk mendapatkan bekas pengendali Real Madrid, Jose Mourinho. Menurut laporan Gazzetta dello Sport, Ronaldo berhasrat bersatu semua dengan jurulatih dari Porugal itu di Juventus. Ronaldo pernah bekerjasama dengan Mourinho di Real Madrid dan mereka berkongsi ejen yang sama, Jorge Mendes. Penyerang Portugal itu dan Mendes dilaporkan menggesa ahli… Continue reading "Ronaldo mahu Mourinho kendalikan Juventus"

  • Conte, Pochettino calon jurulatih Juventus

    LONDON 17 Mei – Mauricio Pochettino dan Antonio Conte muncul calon pilihan untuk membimbing Juventus, musim depan. Juara Serie A itu hari ini mengesahkan, Massimiliano Allegri akan meninggalkan skuad The Old Lady meskipun telah membawa mereka merangkul kejuaraan liga bola sepak utama Itali selama lima musim berturut-turut. Kegagalannya membawa kelab Turin itu merangkul gelaran Liga Juara-Juara antara sebab Juventus dikatakan… Continue reading "Conte, Pochettino calon jurulatih Juventus"

  • Juventus ungguli Serie A dengan 19 mata

    TURIN 9 Mac – Moise Kean membuat penampilan sulung dalam Serie A dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol untuk membantu Juventus membenam Udinese 4-1, hari ini. Kemenangan itu membolehkan skuad Old Lady semakin sukar digugat apabila mendahului liga dengan 19 mata meninggalkan pesaing rapat, Napoli. Pesta gol tersebut juga pastinya menjadi tonik terbaik buat anak-anak buah Massimiliano Allegri sebelum… Continue reading "Juventus ungguli Serie A dengan 19 mata"

  • Juventus buru Salah, sedia korbankan Dybala

    TURIN 14 Feb. – Juventus dilaporkan mahu mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan bersedia menawarkan Paulo Dybala dengan tambahan 50 juta euro (RM229.01 juta) bagi merealisasikan impian itu. Salah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang ternama Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah dari Roma pada 2017. Musim lalu, bintang Mesir itu meledak 43 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool… Continue reading "Juventus buru Salah, sedia korbankan Dybala"

  • Ronaldo punca Juventus makin diminati di China

    SHANGHAI: Populariti Juventus di China menunjukkan peningkatan mendadak apabila naik hingga hampir 70 peratus sejak ketibaan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid. Penyerang sensasi Portugal itu membuat kemunculannya dirasai dalam musim pertamanya di Turin apabila meledak 17 gol dalam 22 penampilan Serie A untuk meletakkan Juventus di landasan tepat untuk mempertahankan gelaran berkenaan. Ronaldo yang dibeli Juventus pada harga 110 juta… Continue reading "Ronaldo punca Juventus makin diminati di China"

  • Ronaldo letak Juventus berkelebihan 11 mata

    MILAN 28 Jan. – Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk Juventus menang 2-1 ke atas Lazio di Rome hari ini, sekali gus membolehkan kelab gergasi Itali itu berkelebihan 11 mata selaku pendahulu Serie A. Juventus bergelut selepas Emre Can menjaringkan gol sendiri sejam sebelum pemain gantian Joao Cancelo menyamakan kedudukan, diikuti jaringan gol penalti Ronaldo dua minit sebelum masa permainan… Continue reading "Ronaldo letak Juventus berkelebihan 11 mata"

  • Gol Ronaldo beri piala buat Juventus

    JEDDAH 17 Jan. – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa ini hanyalah permulaan buat pasukannya selepas meledakkan gol kemenangan dalam aksi Supercoppa Italiana menewaskan AC Milan 1-0, awal pagi tadi. Pemain terbaik dunia itu memecah kebuntuan gol selepas sejam perlawanan berlangsung di Stadium Raja Abdullah. Usaha Milan untuk bangkit menjadi lebih sukar susulan Franck Kessie dibuang padang ketika menuju masa… Continue reading "Gol Ronaldo beri piala buat Juventus"

  • Gol Ronaldo selamatkan Juventus

    MILAN: Cristiano Ronaldo tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan lewat perlawanan ketika Juventus yang beraksi 10 pemain seri 2-2 di Atalanta awal pagi tadi untuk melonjak sembilan mata di depan Napoli di puncak carta Serie A. Napoli kendalian Carlo Ancelotti terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan juara bertahan itu selepas pemain gantian Inter Milan, Lautaro Martinez meledak gol… Continue reading "Gol Ronaldo selamatkan Juventus"