Category: Paul Pogba

  • Perancis singkir Pogba selepas positif Covid-19

    PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis yang diumumkan hari ini untuk saingan Liga Negara-Negara bulan depan bertemu Sweden dan Croatia selepas didapati positif Covid-19, kata jurulatih Didier Deschamps. Pogba yang juga pemenang Piala Dunia, digantikan dengan pemain muda, Eduardo Camavinga yang mendapat panggilan kali pertama bersama-sama pemain tengah Lyon, Houssem Aouar dan pertahanan RB Leipzig,… Continue reading "Perancis singkir Pogba selepas positif Covid-19"

  • Real Madrid kelab impian – Pogba

    CLAIREFONTAINE-EN-YVELINES, Perancis: Paul Pogba berkata dia “gembira” berada di Manchester United tetapi Real Madrid “adalah kelab impiannya”. Bermain untuk Real “adalah impian setiap kanak-kanak, bagi setiap pemain bola sepak”, kata pemain tengah itu dalam sidang media di kem latihan Perancis. “Ia adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Saya sering berkata Real Madrid adalah kelab idaman bagi setiap pemain,” kata… Continue reading "Real Madrid kelab impian – Pogba"

  • Manchester United letak harga Pogba RM1.1 bilion

    MANCHESTER United bersedia untuk melepaskan Paul Pogba dengan menetapkan nilai pemain itu selepas berlaku konflik antara Pogba dengan Jose Mourinho. Juara Piala Dunia itu dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa dia tidak lagi dianggap sebagai kapten. Ia berikutan kesilapan Pogba dan kurang memberi perhatian sehingga mengakibatkan United tewas kepada Wolves pada hujung minggu lalu. United kelihatan memihak kepada Mourinho dan Pogba mungkin… Continue reading "Manchester United letak harga Pogba RM1.1 bilion"

  • Pogba sentiasa dialu-alukan di Barca

    BARCELONA: Penyerang Luis Suarez percaya Paul Pogba sepatutnya mencabar lebih banyak trofi kerana dia berada di Manchester United dan sentiasa dialu-alukan di Barcelona. Pogba mengharungi tempoh sukar sepanjang dua tahun sejak kepulangan semulanya ke Old Trafford yang ketika itu memecah rekod perpindahan dunia tatkala hubungannya dengan pengurus, Jose Mourinho sentiasa tegang. Pemain berusia 25 tahun itu memperoleh kembali prestasi terbaiknya… Continue reading "Pogba sentiasa dialu-alukan di Barca"

  • Paul Pogba Mahu Ke Barcelona

    EJEN Paul Pogba sedang berusaha untuk membuat perjanjian buat bintanng bintang Manchester United itu meninggalkan Old Trafford demi Barcelona. Mino Raiola mengadakan perbincangan terperinci dengan kelab Sepanyol itu berhubung perjanjian membabitkan pemain tengah itu, dua tahun selepas menyertai semula Manchester United dari Juventus. Pogba kembali untuk latihan pra-musim pada Isnin selepas memenangi Piala Dunia bersama Perancis, dan sumber terdekat dengannya… Continue reading "Paul Pogba Mahu Ke Barcelona"

  • Pogba mahu bersama Ronaldo

    PAUL Pogba mahu meninggalkan Manchester United untuk kembali ke Juventus, lapor media di Itali. Bintang berusia 25 tahun itu merupakan tonggak utama kemenangan Perancis di pentas Piala Dunia 2018. Namun di peringkat kelab, Pogba bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama United menyebabkan dia dikritik Jose Mourinho. Tuttosport mendakwa tindakan juara Serie A itu membawa masuk Cristiano Ronaldo menyuntik semangat Pogba… Continue reading "Pogba mahu bersama Ronaldo"

  • Saya mahu Piala Dunia – Pogba

    MOSCOW: Paul Pogba dijangka akan beraksi dalam kesebelasan utama Perancis bertemu Croatia pada aksi final Piala Dunia, malam ini. Ia adalah penampilan final Piala Dunia buat kali pertama Perancis dalam tempoh 12 tahun dan Croatia pula menjejakkan kaki ke pentas terbesar itu buat julung kali dalam sejarah mereka. Pogba bakal melakar sejarah tersendiri jika Perancis muncul juara yang menyaksikan dia… Continue reading "Saya mahu Piala Dunia – Pogba"

  • VIDEO Man United Benam Stoke, Red Devils Terus Kejar City

    Paul Pogba menegaskan Manchester United tidak akan menyerah kalah untuk terus mencabar Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). Pasukan kendalian Jose Mourinho itu merapatkan jurang dalam saingan di puncak kepada 12 mata susulan kemenangan 3-0 ke atas Stoke City, awal pagi tadi, selepas seteru mereka itu menempa kekalahan pertama musim ini di Liverpool. Pogba memainkan peranan besar… Continue reading "VIDEO Man United Benam Stoke, Red Devils Terus Kejar City"