Category: Safawi Rasid

  • [VIDEO] Penalti Panelka gagal, Mora pertahan tindakan Safawi

    Johor Darul Takzim mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2021 setelah membelasah Sabah FC 3-0 di gelanggang sendiri namun ada perkara lain yang mencuri tumpuan penyokong bolasepak tanah air. Ketika perlawanan menuju ke minit-minit akhir, Safawi Rasid beroleh peluang terbaik untuk menoktahkan kemarau jaringan apabila JDT yang sedang mendahului 2-0 dihadiahkan sepakan penalti. Cubaan pemain itu mengambil penalti secara… Continue reading "[VIDEO] Penalti Panelka gagal, Mora pertahan tindakan Safawi"

  • Safawi alami sindrom OTS

    KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid didakwa mengalami ‘over training syndrome (OTS)’ atau sindrom terlebih latihan hingga menyebabkan prestasinya semakin merosot. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan OTS adalah sindrom yang memberi kesan kepada tubuh badan atlet dan gangguan hormon menyebabkan mereka gagal memberikan fokus… Continue reading "Safawi alami sindrom OTS"

  • TMJ dedah punca Safawi merosot

    KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan latihan berintensiti rendah yang dilakukan skuad kebangsaan menjadi punca pemainnya, Safawi Rasid gagal menunjukkan prestasi terbaiknya. Justeru, Tunku Ismail mempertahankan Safawi yang dikritik selepas bergelut untuk memberikan persembahan yang terbaik sambil menegaskan betapa skuad Harimau Selatan mengambil tanggungjawab untuk ‘memperbaiki’ Safawi supaya dapat kembali ke prestasi asalnya.… Continue reading "TMJ dedah punca Safawi merosot"

  • Safawi kembali ke JDT musim depan

    KUALA LUMPUR: Bintang muda skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Perkara itu diumumkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika wawancara bersama sebuah stesen televisyen swasta, hari ini. “Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (sah),”… Continue reading "Safawi kembali ke JDT musim depan"

  • Masih dibangku simpanan, Safawi kena tunggu lagi

    KUALA LUMPUR: Pemain kebangsaan, Safawi Rasid terus kempunan untuk membuat penampilan sulung di Liga Primeira, Portugal. Ia selepas pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi hanya memanaskan bangku simpanan Portimonense SC ketika pasukan itu menewaskan Nacional 1-0 hasil jaringan Fabricio dos Santos, sebentar tadi. Ia kali ketiga Safawi berada di bangku simpanan selepas turut tersenarai ketika aksi berdepan FC Porto… Continue reading "Masih dibangku simpanan, Safawi kena tunggu lagi"

  • Safawi bersyukur akhirnya tersenarai

    Kuala Lumpur: “Alhamdulillah dah tersenarai”. Itu nada kegembiraan dan kesyukuran daripada bintang bola sepak negara, Safawi Rasid apabila mengesahkan namanya tersenarai dalam barisan Portimonense SC menentang FC Porto, awal pagi Isnin. Safawi, 23, yang kini dalam perjalanan ke gelanggang keramat FC Porto iaitu Stadium Dragao sekali gus berpeluang untuk diturunkan buat pertama kali dalam saingan Liga Primeira Portugal. Ia juga,… Continue reading "Safawi bersyukur akhirnya tersenarai"

  • Peminat berang Safawi belum dapat beraksi

    KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak tempatan semakin ‘liar’ apabila berterusan ‘menyerang’ laman rasmi Portimonense SC selepas pasukan itu sekali lagi tidak menurunkan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid. Tindakan penyokong itu jelas memalukan sekalipun tidak dinafikan semua pihak sememangnya mahu melihat kelibat penyerang prolifik itu meraih penampilan sulung bersama pasukan utama di benua Eropah. Ketika ramai yang menjangkakan pemain itu akan disenaraikan… Continue reading "Peminat berang Safawi belum dapat beraksi"

  • Jangan malukan Luqman, Safawi

    KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau ‘netizen’ diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah. Ia selepas terdapat komen ‘mengarut’ daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC. Pemerhati bola sepak tempatan,… Continue reading "Jangan malukan Luqman, Safawi"

  • Peluang Safawi semakin cerah

    Kuala Lumpur: Harapan semakin cerah untuk melihat tonggak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid beraksi untuk skuad utama Portimonense SC apabila dia akan menyertai latihan pasukan terbabit bermula hari ini. Walaupun dikhabarkan Safawi mungkin perlu dikuarantin selepas terdapat pemain skuad bawah 23 (B-23) positif Covid-19, namun dia boleh dikatakan selamat kerana tidak menyertai latihan bersama pemain itu. Malah, barisan kejurulatihan pasukan… Continue reading "Peluang Safawi semakin cerah"

  • [VIDEO] Safawi beraksi buat skuad B-23 Portimonense SC

    KUALA LUMPUR: Bukan pasukan utama sebaliknya penyerang kebangsaan, Safawi Rasid meraih penampilan pertama di bumi Eropah bersama pasukan Bawah 23 (B-23) Portimonense SC terlebih dahulu awal pagi tadi. Perkembangan itu dapat disaksikan menerusi laman Instagram rasmi pasukan itu yang turut memaparkan gambar pemain berusia 23 tahun itu beraksi menentang pasukan B-23 Sporting CP. Pada aksi terbabit, Portimonense mendahului terlebih dahulu… Continue reading "[VIDEO] Safawi beraksi buat skuad B-23 Portimonense SC"